Isnin, 10 November 2014

laksa siam ..sumber fb

LAKSA SIAM

Bahan-bahan

1 paket laksa (jenis halus) . Recommended laksa yang bercap Penang Laksa Twenty Twenty. Boleh beli di Giant atau 99 SpeedMart sebab meenya kec. - direbus dan sejatkan

Bahan-bahan Kuah

800gm ikan kembung - Ikan dibersihkan and direbus.
Asingkan isi dan isi ikan dikisar. Boleh guna air rebusan tadi untuk tujuan mengisar
1 biji kelapa - diambil santannya
3 keping asam gelugur
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
1 sudu makan sos kicap sotong
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk ikan bilis
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

10biji bawang merah
5 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
50gm udang kering
50gm lobak masin
1cm lengkuas
1cm kunyit hidup
1cm belacan
5 biji buah keras

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau
2. Masuk bahan-bahan kuah dan biarkan mendidih dengan api sederhana
3. Setelah naik minyak, tutup api dan angkat
4. Hidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman seperti nanas, timun (dihiris nipis), kacang panjang, kobis bulat (dihiris nipis), bunga kantan (dihiris nipis), taugeh (dicelur) dan limau kasturi