Jumaat, 14 November 2014

kek caramel coklat moist kukus ...sumber fb

KEK CARAMEL COKLAT MOIST VERSI KUKUS

STEP 1 ~ KARAMEL:

3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air.
Panaskan sehingga jadi warna perang.
Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi.
Tutup api.
Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.

STEP 2 ~ Puding:

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
5 bj telur

kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td.
Cara Bakar:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min
Cara Kukus:
kukus sampai masak le.. dlm 30 minit aje, dengan api perlahan kalau x nnt puding nye x cantik berongga2.

STEP 3 ~ Kek Coklat Moist:

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
Satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata.
Masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil kacau2 hingga sebati.
Dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil/KFC soda bikarbonat
1 sudu kecil/KFC baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisker atau blend sekejap

CARA :
Satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
Tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
Cara Bakar:
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak...bergantung kpd oven masing2
Cara Kukus:
kukus sampai kek tu betul2 masak dlm 1 jam 30 Minit

Dah masak, biar kek sejuk/suam2 kuku atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek
Jangan panas2 terus terbalik kan, nnt puding nye pecah
Simpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan.. pergh mmg heaven la bila berada di dlm mulut sejuk-sejuk.