PENGURUSAN SESI KAUNSELING
PERMULAAN SESI
Permulaan sesi kaunseling dengan
klien adalah satu set operasi yang dinamik. Ini melibatkan satu
perhubunganpotensi yang sangat bererti.
Oleh kerana banyak isu emosi yang bermain di minda seorang kaunselor, kejayaan
yang dapat dilihat adalah bermula dari permulaan sesi temubual lagi. Kaunselor
mempunyai pilihan bagi sesi yang pertama untuk membuat temubual pengambilan
atau mengumpulkan informasi yang diperlukan. Di dalam permulaan sesi ini, satu set
yang perlu difahami secara lebih objektif iaitu :-
1.
Mengurangkan
tahap kebimbingan seseorang klien itu bercakap.
2.
Menghadapi
setiap ayat yang diperkatakan oleh klen dari semua sudut atau aspek.
3.
Medengar
dengan berhati-hati apa yang dikatakan dan dirasai oleh klien dengan membuat
pengstrukturan di dalam minda.
4.
Berawas
dengan pilihan topic yang diperkatakan oleh klien untuk melihat kepada
keutamaan pada masa itu.
PENGSTRUKTURAN SEMASA PEMULAAN SESI
Pengstrukturan adalah satu cara
untuk kaunselor mendefinisikan atau mengetahui tentang persekitaran, halangan,
peraturan dan matlamat dengan perhubungan kaunseling (Brammer, Abrego &
Shostrom : 1993). Ini termasuklah tentang had masa, bilangan sesi, kerahsiaan,
kemungkinan & jangkaan, pemantauan dan prosedur rakaman perbualan. Kottler
(1991) telah merumuskan kandungan yang berkesan di dalam penstrukturan
permulaan sesi iaitu :-
1.
Memberikan
gambaran keseluruhan dan memperlihatkan tentang proses kaunseling.
2.
Memasuki
jangkaan klien dan memperlihatkan sudut positif.
3.
Menyenaraikan
jangkaan bagi kaunselor.
4.
Memberikan
kepada klien tentang sudut yang baru dan kelakuan yang baru.
5.
Menolong
klien meningkatkan toleransi untuk kekecewaan dan ketidakselesaan.
6.
Memperolehi
komitmen klien.
1.
KERAHSIAAN
Kerahsiaan ini adalah merujuk kepada etika sebagi seorang kaunselor
untuk menyimpan segala rahsia apa yang diperbincangan di dalam sesi kaunseling
itu. Rahsia itu tidak boleh diceritakan kepada sesiapa pun kecuali sesuatu
perkara yang mendatang kemudaratkan perlakuannya itu kepada orang lain.
1.1
MASA
UNTUK KERAHSIAAN
Keperluan untuk menyimpan rahsia di dalam
perkhidmatan menolong akan diterangkan dan dilibatkan semasa awal sesi. Perkara
ini adalah amat penting untuk memastikan klien dan kaunselor memahaminya sejak
dari awal lagi.
2.
MENGGALAKKAN
KLIEN BERCAKAP
2.1
PENYIASATAN
TIDAK BERSTRUKTUR
Penyiasatan tidak berstruktur ini menpunyai 2
cadangan iaitu memberikan peluang seluasnya kepada klien untuk bercakap dan
kaunselor sendiri menentukan topik yang hendak dibincangkan dalam sesi tersebut.
Perkara ini adalah penting bagi kaunselor untuk menggalakkan klien bercakap.
2.2
SOALAN
TERBUKA
Soalan terbuka adalah soalan yang memerlukan
lebih banyak satu ayat atau perkara bagi melihat respon oleh klien. Soalan ini
biasanya dimulakan dengan apa, bagaimana, bila atau dimana. Lazimanya soalan
terbuka ini akan membuatkan klien tidak akan menjawab ya atau tidak sahaja.
Sebaliknya klien akan lebih menjawab dengan ayat-ayat yang lebih menyambung
penceritaannya. Contohnya ialah apa perasaan kamu bila kamu berkelakuan
sedemikian.
2.3
SOALAN
TERTUTUP
Selalunya soalan yang akan ditanya menggunakan
soalan tertutup ini akan lebih spesifik. Maklumat yang diperolehi akan lebih
menyokong apa yang diperkatakannya. Contohnya adakah kamu tinggal di sebelah
masjid seberang jalan sana.
2.4
MENGENALPASTI SOALAN
Bentuk-bentuk soalan ini akan membolehkan
kaunselor tentukan bagi menggalakkan klien bercakap tentang sesuatu perkara
atau memahami perasaan klien itu kepada kaunselor. Walaubagaimanapun kaunselor
akan merasai kesukaran untuk memahami apa yang diperkatakan oleh klien.
Kadang-kadang kaunselor hendaklah menanyakan soalan yang menjurus kepada topik
tertentu sahaja.
KANDUNGAN KUANTITI TEMUBUAL
I.
MENGENALPASTI
DATA
A.
Nama
klien, alamat dan nombor telefon untuk klien dihubungi. Maklumat ini penting
sekiranya kaunselor ingin menhubungi kien di antara sesi itu dijalankan.
B.
Umur,
jantina, bangsa, status, pekerjaan, status pendidikan, bahasa, warganegara dan
status imigrasi.
II.
MEMPERSEMBAHKAN
ISU SAMADA UTAMA DAN KEDUA
Ini adalah penting untuk mempersembahkan apakah
yang jalan sebenar yang dilaporkan oleh klien. Adakah isu itu berkait rapat
dengan kompenen tingkahlaku.
III.
CARA
HIDUP SEMASA KLIEN
Bagaimanakah klien memperuntukan masa di dalam
harian atau mingguan. Apakah social, semangat, dan aktiviti agama, reakresi dan
apa-apa yang sering dilakukannya. Kaunselor juga melihat kepada persekitaran
kerja dan pendidikan klien. Apakah situasi yang disukai oleh klien. Klien juga
dilihat kepada kepentingan perhubungannya sekarang.
IV.
SEJARAH
KELUARGA
Sejarah keluarga juga mestilah dilihat dengan
secara keseluruhannya di dalam kehidupan klien. Ini adalah kerana sejarah
keluarga akan banyak mempengaruhi penghidupannya pada masa sekarang.
V.
SEJARAH
INDIVIDU
Sejarah hidup klien itu sendiri juga mestilah
dilihat oleh kaunselor. Ini akan memberikan gambaran kepada kaunselor tentang
penghidupannya. Sebagai contohnya sejarah perubatan klien pada masa lalu.
VI.
UNGKAPAN
KATA-KATA KLIEN SEMASA TEMUBUAL
Di sini kaunselor perlu melihat kepada
pengukuran tentang berat & tinggi, pakaian, gerak laku, bahasabadan,
ekpresi muka, kualiti suara dan tahap tekanan yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor juga akan melihat kepada tahap motivasi, respon, jarak, keadaan pasif
klien dan pelbagai lagi.
VII.
RINGKASAN
DAN CADANGAN
Dari sini kaunselor akan cuba untuk membuat perbandingan
atau perkaitan maklumat tentang masalah klien hadapi dengan apa yang
diperkatakan oleh klien. Apa yang kaunselor faham tentang masalah yang dihadapi
oleh klien. Dari sini juga kaunselor akan memikirkan apakah jenis rawatan yang
boleh diberikan kepada klien ini.
PENAMATAN TEMUBUAL
PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING
1.
BILA
SEPATUTNYA SESI TAMAT
Hackney dan
Cormier (2005) merumuskan 4 perkara cadangan yang pragmatik yang diperlukan di
dalam penamatan sesi ialtu :-
i.
Bila
sesi kaunseling itu memperolehi sesuatu tentang kelakuan atau dari kontraknya,
menjurus kepada matlamat sesi atau memperolehi kontrak yang mempersembahkan
maklumat yang jelas.
ii.
Bila
klien merasakan matlamat mereka hampir selesai.
iii.
Bila
perhubungan mereka tidak dapat lagi menolong menyelesaikan masalah.
iv.
Bila
kandungan syarat berubah.
2.
PERSEDIAAN
KLIEN UNTUK PENAMATAN
3.
PENGARUH
BUDAYA DAN PENAMATAN
4.
PERMULAAN
PENAMATAN
5.
CABARAN
UNTUK PENAMATAN
6.
ISU
ETIKA DALAM PENAMATAN
7.
LAPORAN
PENAMATAN
KESIMPULAN
Permulaan
sesi sehingga ke penamatan sesi memperlihatkan cabaran kepada kedua-dua belah
pihak kaunselor dan juga klien. Ini adalah kerana di dalam perjalanan sesi
kaunseling, kedu-dua belah akan mengalami pengalaman tentang kebimbangan dan
ketidakpastian. Ini adalah penting bagi kaunselor untuk membangunkan rasa
selamat dan kepercayaan dari mula proses kaunseling lagi. Ini juga adalah
kerana ada sesetengah klien yang mempunyai pengalaman atau tanggapan yang
negatif tentang kaunseling. Pembinaan perhubungan yang baik dan maklumat antara
kedua-duanya sangat penting di dalam permulaan sesi kaunseling. Salah satu
perkara yang juga penting di dalam sesi kaunseling ialah kerahsiaan.
Penamatan
sesi diantara temubual dan proses kaunseling adalah juga mencabar dan juga
penuh dengan emosi. Apa yang penting bagi kaunselor untuk penamatan sesi proeses
kaunseling ialah memperkasakan klien. Perasaan yang menyebabkan klien tidak
perkasa ialah kepelbagaian budaya, kemahuan untuk menamatkan sesi lebih awal
dan tergesa-gesa, perasaan kaunseling tidak relevan dengan mereka, kaunselor
tidak memahami klien secara keseluruhan atau menggagap mereka adalah mangsa
penindasan dan diskriminasi di dalam proses kaunseling.
Kedua-dua
penamatan temubual dan penamatan sesi di dalam proses kaunseling adalah
memerlukan pengurusan transisi secara efektif oleh kaunselor. Transisi ini
lebih menyukarkan sekiranya klien atau kaunselor mempunyai kebimbingan yang
disembunyikan di dalam diri mereka. Perkara yang penting bagi kaunselor ialah
menyatakan perasaan yang hilang tindakan, menyediakan klien untuk penamatan
yang melebihi jangkamasa dan menolong klien mencari jalan menyokong
perkembangan selepas sesi kaunseling tamat.