KOMPONEN I
( PERINTAH – PERINTAH AM)
TUGASAN
1
Tugasan 1b
Cik Z seorang kerani di salah sebuah
jabatan kerajaan sering menerima gangguan seksual dari salah seorang pihak
pentadbiranya. Gangguan tersebut telah menimbulkan perasaan serba salah,
terancam serta kesan-kesan negatif yang lain ke atas dirinya.
i)Berdasarkan Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.22 Tahun 2005,
huraikan kategori dan bentuk perlakuan gangguan seksual yang dihadapi oleh Cik
Z.
Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak
terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga
tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki
terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Ia merentasi jurang gender
dan status. Kebiasaannya gangguan seksual ini terjadi apabila suatu pihak
merasakan dirinya diperlakukan sehingga menimbulkan suasana yang tidak
menyenangkan ke atas dirinya.
Gangguan seksual merupakan satu daripada perlakuan yang dilarang atau
ditegah sama sekali bagi Pegawai Awam mengikut peraturan 4A Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Selain daripada itu,
gangguan seksual juga disebut di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun
2005.
Berbagai bentuk perlakuan atau pernyataan boleh terjumlah
kepada gangguan seksual. Beberapa kategori gangguan seksual yang digambarkan
dalam peraturan 4A(1) Peraturan Pegawai Awam adalah:
Cubaan untuk merapati orang lain
secara seksual. Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan
seksual termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”. Perbuatan ini mengambil berbagai bentuk dan
dilakukan dengan berbagai cara seperti yang dijelaskan dalam perenggan 6. Ia
boleh berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi
daripada Pengadu.
Meminta layanan seksual daripada orang lain .Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh
berlaku dalam keadaan Pegawai Awam mempunyai kuasa atau dianggap mempunyai
kuasa untuk memberikan sesuatu faedah atau ganjaran tertentu kepada Pengadu (quid
pro quo atau this in return for that) seperti penilaian prestasi
yang baik, peluang peningkatan kerjaya, ganjaran dan faedah-faedah lain yang
dijanjikan sekiranya Pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada
Pegawai Awam tersebut.
Sebagai contoh
seorang Pegawai Awam meminta layanan seksual daripada orang awam yang
berurusan dengannya untuk meluluskan sesuatu permohonan atau mendapatkan tender
sesuatu projek Kerajaan.
Gangguan
seksual yang mengugut.
Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk merapati
orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi mendapatkan faedah
tertentu seperti yang dinyatakan di atas.
Perbezaannya ialah pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah
tertentu sebaliknya diugut tidak akan mendapat faedah-faedah seperti contoh
yang dinyatakan sekiranya Pengadu tidak membenarkan Pegawai Awam tersebut
merapatinya secara seksual atau enggan memberi layanan seksual kepadanya.
Sebagai contoh, sekiranya permintaan untuk layanan
seksual tersebut ditolak, Pengadu diugut bahawa laporan penilaian prestasi
Pengadu tersebut akan dinilai sebagai tidak cemerlang.
Gangguan
seksual yang menyinggung atau menghina. Perlakuan seorang Pegawai Awam seperti merenung atau
melihat orang lain dengan pandangan yang berunsurkan seksual dan dilakukan
secara sedar, boleh dianggap sebagai gangguan seksual bagi kategori ini. Begitu juga perlakuan seorang Pegawai Awam
yang meraba atau memeluk rakan sekerja yang lain dengan sengaja dan perlakuan
ini tidak disukai oleh Pegawai Awam berkenaan.
Bentuk perlakuan gangguan seksual yang dihadapi oeh oleh Cikgu Z ialah gangguan
secara lisan iaitu bermaksud kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan
soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
Seterusnya
bentuk gangguan seksual yang boleh juga terjadi adalah gangguan secara isyarat/ bukan
lisan .Contoh Perilaku Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan
inembayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau
memakan dengan cara menggoda, isyarat
tangan atau bahasa isyarat yang meinbayangkan perlakuan seks dan lain-lain.
Gangguan visual juga merupakan
salah satu gangguan seksual. Contoh gangguan visual ialah menunjukkan
bahan-bahan lucah, melukis gambar lucali, menulis surat berunsur seksual dan
lain-lain.Gangguan psikologi pula adalah seperti mengulangi jemputan sosial yang
telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan dan lain-lain.
Akhirnya, gangguan
fizikal seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap,
menggesel badan dan lain-lain juga adalah gangguan seksual.
ii) Nyatakan tindakan yang sepatutnya
di ambil oleh ketua jabatan bagi mengelakkan gangguan seksual ini dari berlanjutan.
Kaunselor atau Pegawai Kaunseling boleh mengambil
tindakan seperti menerima dan merekodkan kenyataan yang dikemukakan oleh PYDM
semasa temu janji;memberi PYDM masa yang mencukupi dan peluang untuk membuat
kenyataan berkenaan aduan tersebut; mendengar tanpa prasangka, mempamerkan
empati dan menyedari kesan negatif yang mungkin dialami oleh PYDM.
Tindakan ini boleh diambil sekiranya Ketua Jabatan
berpangkat setaraf dengan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling.Sekiranya Ketua
Jabatan berpangkat lebih tinggi daripada Kaunselor atau Pegawai Kaunseling,
Kaunselor atau Pegawai Kaunseling hendaklah mengenal pasti tindakan yang perlu
diambil sama ada merujuk kes gangguan seksual tersebut kepada Bahagian
Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Ketua jabatan juga boleh
membuat atau memanjangkan aduan kes gangguan seksual kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib untuk tujuan tindakan tatatertib diambil ke atas PYDM. Selain itu Ketua
jabatan boleh membuat aduan polis.
Gangguan seksual merupakan satu
bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja. Ia boleh dianggap sebagai suatu
bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalaini gangguan emosi dan
mental yang serius. Selain itu, perbuatan ini juga dapat mencemarkan nama baik
perkhidmatan awam itu sendiri dan seterusnya member gambaran negatif dari sisi
masyarakat. Sehubungan itu satu langkah yang konkrik perlu diambil bagi
mengatasi masalah gangguan seksual ini daripada terus menular di kalangan
kakitangan keajaan.
Bibliografi
Dr. Ragbir
Kaur A/P Joginder Singh,Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI,Sekolah
Rendah dan Menengah, Kumpulan Budiman
Sdn Bhd, Kuala Lumpur.7-1,Jln Usj 1/1B, Regalia Business Centre, 47620 Subang
Jaya,Selangor. Dicetak Oleh : Percetakan Seasons Sdn Bhd, 3,Jln 8/155, Taman
Industri Bukit O.U.G, Jln Klang lama, 58200 K.Lumpur, Terbitan Pertama 2005.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
(2007), Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan
15
Tahun 2007,
Putrajaya
Mok Soong Sang (2007), Kursus
Induksi Perkhidmatan Awam dan Kenegaraan,
Selangor
: Multimedia Es Resources Sdn. Bhd.
Mok Soon
Sang, Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Sekolah Menengah Semester
1&2,Edisi
ketiga
, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 7-1, Jalan USJ i/b,Regalia Business Centre, 47620
Subang Jaya, Selangor, Dicetak Oleh Percetakan Seasons sdn Bhd, Jalan Klang
Lama, 58200 K.Lumpur. Terbitan Keempat 2006.
Perintah-Perintah Am /
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam /
Arahan Perbendaharaan /
Panduan Pengurusan Pejabat / Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor /
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan / Akta Acara Kewangan, (2008)Kuala Lumpur : MDC
Publishers Sdn. Bhd
Omar Parkan (2008), Nota
Rujukan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
Jilid 2, Kuala Lumpur : Institut Perguruan
Teknik.
KOMPONEN II
( Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam )
Tugasan 2
Tugasan 2b
Sebagai guru baru yang ditempatkan di
sekolah luar Bandar, anda perlu memahami, menghayati dan melaksanakan Etika
Perkhidmatan Awam.
a) Nyatakan
sebab mengapa Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.
Permintaan
rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu
perkhidmatan yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Keadaan Negara yang
semakin berkembang, malah banyak teknologi yang telah diperkenalkan bagi
memastikan Negara seiring dengan Negara luar. Maka bagi mencapai matlamat
tersebut perkhidmatan awam mestilah berkembang dan lebih baik berbanding perkhidmatan
masa terdahulu.
Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan.Terdapat tuduhan daripada pihak terutama pihak yang yang ingin
mengancam perpaduan rakyat dalam menyatakan pelbagai dasar yang diwujud kerana
penyelewengan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi. Maka dengan wujudnya
etika perkhidmatan awam akan menunjukkan tanggungjawab setiap rakyat sebenar
kepada Negara, ini bermaksud setiap rakyat mempunyai peranan dan fungsi dalam
memajukan serta memperkembangkan ekonomi negara di mata dunia.
Kerajaan
berazam untuk meninggikan lagi mutu
kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam dari semasa ke semasa. Perbagai
pelbeza yang wujud pada Malaysia dahulu dan Malaysia sekarang , dimana pelbagai
teknologi sedang berkembang. Maka banyak kemudahan telah diwujudkan seperti
sistem pengfailan, data dan pelbagai lagi. Jadi oleh kerana kemudahan yang
diwujudkan lebih sistematik dan tersusun maka perkhidmatan yang diberikan perlu
setimpal dengan kemudahan yang mereka dapat. Malahan pelbagai latihan, kursus
dan motivasi yang telah diwujudkan dan dimodulkan bagi mewujudkan kakitangan
awam yang cekap dan berprestasi tinggi.
Faktor-faktor luar juga telah menyebabkan kerajaan mewujudkan etika ini ,
antara faktor-faktor tersebut adalah kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan
kepada rantau ini dan kemunculan geajalan sosial yang kurang sihat seperti
rasuah serta penyelewengan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
b) Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah
organisasi kerajaan bagi merealisasikan etika tersebut.
Amalan yang
pertama adalah mengadakan hari
penganegerahan atau pengiktirafan dan penghargaan. Setiap orang memerlukan
sokongan diri sendiri dan orang disekitar untuk berjaya dalam sesebuah
kerjaya. Kadangkala bukan harta menjadi
ukuran dalam memotivasikan seseorang individu tapi cukup dengan ucapan tahniah
daripada rakan-rakan. Mengikut Abraham Maslow dalam Hierarki Maslow ada
menyebut salah satu cabang dalam memotivasikan pekerja adalah penghargaan.
Penghargaan boleh dilakukan dalam bebrapa cara seperti kata pujian, imbuhan,
kenaikan pangkat, sijil penghargaan dan sebagainya. Melalui penghargaan pihak
majikan akan dapat memupuk pekerja yang beretika dan mencintai pekerjaannya.
Kepuasan pekerja dalam pekerjaan mereka dapat dilihat dari segi pencapaian
dalam perkhidmatan dan prestasi mereka.Aktiviti penyampaian hadiah dan
penghargaan kepada pekerja yang berjaya serta cemerlang akan mendorong pekerja
lain untuk berusaha dengan lebih giat lagi. Secara tidak langsung kita dapat
memupuk persaingan secara positif.
Seterusnya mengadakan dialog serta perbincangan untuk
menerangkan cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Masalah sering berlaku dalam organisasi
apabila tiada maklumat berkaitan kehendak pihak majikan kepada pihak pekerja.
Benteng yang divina ini menyebabkan berlaku ketidakfahaman antara majikan serta
pekerja, malahan perbagai masalah timbul akibat kekurangan maklumat. Jadi pihak majikan perlu sentiasa berhubung
dengan pekerja bagi menerangkan cara pelaksanaaN Etika Perkhidmatan Awam
mengikut amalan syarikat. Pihak syarikat juga boleh bersoal jawab bersama
pekerja berkaitan masalah yang timbul dan menjawab ketidakfahaman pekerja
berkaitan etika keselamatan. Ini akan menyebabkan hubungan yang berlaku lebih
berteraskan toleransi dan menjalankan tugas secara beretika.
Selain itu, menubuhkan jawatankuasa kelab sukan ,
kebajikan dan sosial juga merupakan salah satu amalan etika.
Hubungan akrab antara kakitangan perlu dalam menjalankan kerja secara harmonis
dan rasional. Hubungan rakan sekerja tidak perlu hanya secara formal sahaja
tetapi juga boleh dijalankan secara tidak formal.Kegiatan tidak formal akan
menambahkan lagi ikatan perhubungan antara kakitangan, pihak syarikat boleh menjalankan
aktiviti sukan seperti pertandingan boling dan futsal , mengadakan aktiviti
kebajikan seberti membuat lawatan ke rumah pekerja yang menghadapi masalah
kesihatan dan sebagainya.
Disamping itu, mengadakan majlis jamuan minum teh atau hari keluarga dan lain-lain
aktiviti yang sesuai. Hubungan yang rapat antara majikan dan pekerja perlu
bagi memastikan perjalanan atau operasi syarikat dapat dijalankan dengan
lancer dan telus. Bagi mewujudkan
hubungan ini, pihak pentadbiran perlu mengadakan aktiviti yang bersesuaian
untuk bersama pekerja. Nilai kekeluargaan amat penting dalam memotiwasikan
pekerja, jadi pihak organisasi boleh mengadakan program dan aktiviti bersama
pekerja dan keluarga mereka. Pelbagai aktiviti yang boleh diwujudkan untuk
program kekeluargaan dengan hari pekerja seperti program hari keluarga, jamuan
hari lahir dan aktiviti sukaneka. Ketika program dijalankan pihak pengurusan
boleh menerapkan etika-etika perkhidmatan yang bersesuaian.
Menganjurkan
majlis syarahan /ceramah agama dari
semasa ke semasa juga merupakan salah satu amalan . Pihak syarikat juga boleh
menganjurkan majlis-majlis keagamaan untuk menambah ilmu para pekerja. Melalui
ceramah agama juga boleh diterapkan nilai cintakan pekerjaan dan menjalankan
tugas secara beretika. Ini menerapkan bahawa pihak majikan tidak hanya
mementingkan tanggungjawab secara dalaman sahaja tetapi memperseimbangkan nilai
jasmani dan rohani.
Pihak syarikat juga mengadakan pertandingan seperti pejabat
terbersih, taman tercantik dan lain . Mengikut kajian Tolman dan Honzik
(1930), mengikut hasil kajian mereka menunjukkan motivasi dalam ganjaran adalah berkesan berbanding motivasi berbentuk
hukuman. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini
diteruskan. Bagi memupuk semangat cintakan tempat kerja maka pihak pentadbiran
boleh mengadakan beberapa pertandingan yang bersesuaian seperti pejabat
terbersih, pekerja popular, lanskap tercantik dan sebagainya. Ini secara tidak
langsung akan memupuk semangat cintakan persekitaran tempat kerja. Malahan
pihak syarikat boleh menjadikan program tersebut sebagai aktiviti tahunan.
Bibliografi
Omardin Ashaari ,Pengurusan masa , Utusan
Publications & Distributors
Sdn. Bhd. 1998
Pekeliling Perkhidmatan Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1 dan 4 Tahun
1991
Tonggak Dua Belas ( The Twelve Pillars ) – Penerapan
Nilai Norma dan
Etika Perkhidmatan – Diterbitkan
dan dicetak oleh Institut Tadbiran Awam
Negara
( INTAN ) Malaysia ( 1992 )
Etika perkhidmatan.http://www.etika&nilai.gov.my
Etika
perkhidmatan. http://www.etikaperkhidmatanawam.gov.my
Etika
perkhidmatan. http://www.tonggak12.gov.my