tips untuk bantu susu badan keluar lebih banyak. Semoga bermanfaat!
1. Cara mengepam yang betul.
a) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci
bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan
pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga
perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras
dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu
dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang
tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.
Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti
Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan
menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan
kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap
keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana
ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan
lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.
b) Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama
kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan
ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda
menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.
Untuk mengekalkan
penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara
bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu
dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.
(source: Pa & Ma)
2. Bersihkan puting. Boleh dilakukan dari
usia kandungan masuk 9 bulan. Bersihkan dengan minyak zaitun (boleh
juga digantikan dengan minyak kelapa dara etc) untuk memastikan tiada
kekotoran di bahagian puting yang boleh menyebabkan puting tersumbat dan
susu badan tidak dikeluarkan dengan sempurna.
3. Minum air
kosong secukupnya. Ini kerana untuk membekalkan bayi anda susu, badan
anda perlu mendapatkan air yang cukup sebelum boleh dibekalkan pada bayi
anda. Kurangkan juga pengambilan caffeine kerana ia boleh melambatkan
proses penyerapan khasiat yang akan ditukar kepada susu badan.
4. Diet yang seimbang dan elakkan stress.