KATA –KATA ALU-ALUAN (2)
Assalamualaikum salam sejahtera.Syukur Alhamdulilah. Saya terlebih
dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak sekolah kerana
telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi kata-kata aluan..
Sesungguhnya sekolah
ini yang dikenali sekarang sebagai __________Sekolah ini ditubuhkan oleh __________________.
Motif penubuhan sekolah ini antaranya
ialah untuk memajukan pelajaran agama dan menambahkan bilangan rakyat yang
berkebolehan dalam bidang agama.
Walaupun pelajaran agama diajar di sekolah-sekolah lain, namun sekolah ini telah menekankan perkara itu. Harapan yang diletakkan ialah
pada suatu hari nanti, akan ramailah ahli-ahli agama serta tokoh-tokoh
beraliran agama yang lahir di negeri ______ dan ramai pula yang boleh diketengahkan.
Adalah, tidak salah
kalau saya katakan bahawa _____________ lah yang menjadi pengimbang kepada
perkembangan pelajaran agama di sekolah-sekolah lain. Memanglah benar, setakat
ini pun __________ telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berpotensi bukan
sahaja di pentas pendidikan, malah juga di pentas masyarakat.
Kita amat bergembira
dengan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi semakin
harum bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga diperingkat kebangsaan yang diraih oleh sekolah ini. Namanya menjadi
semakin harum bukan sahaja diperingkat
negeri tetapi juga di peringkat kebangsaan. Diperingkat negeri, sekolah ini
pernah memenangi pertandingan kawat, pertandingan memanah, pertandingan pantun,
pidato, pertandingan nasyid dan sebagainya. Malah kita juga menjulang nama
sebagai antara sekolah terbaik di peringkat STAM dan antara yang terbaik di
peringkat PMR dan SPM _____________. Semoga ___________ dapat terus menggondol
kejayaan pada masa-masa yang akan datang.
Majlis pada hari ini
sebenarnya bertujuan untuk menghadiahkan penghargaan daripada pihak sekolah,
guru-guru dan staf sokongan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kejayaan
dalam perjuangan mereka. Penghargaan yang akan merangsang perjuangan mereka
kearah pembentukan modal insan yang berguna dan berpotensi untuk keluarga,
agama, masyarakat dan negara.
Sama-samalah kita mendoakan kejayaan yang terus menerus __________________..
Sekian, terima kasih.
—————————————
(
)