Air Detok
1.Potong bahan-bahan ( buah-buahan) yang digunakan ikut citarasa sendiri.
2.Masukkan ke dalam jag / botol dan tambahkan ketulan ais.
3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag / bptol berkenaan.
4. Biarkan semalaman dalam peti sejuk.
Kombinasi buah-buahan dan sayuran yang dicadangkan.
Teh hijau + daun pudina/ mint + limau nipis
Timun + strawberi + kiwi
Timun + lemon + limau nipis
Limau nipis + oren + lemon
1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan
2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah
3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan
4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati
Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.
Ikut citarasa masing2..boleh juga guna buah-buahan atau sayuran lain mcm halia, serai, kulit kayu manis, epal, anggur, beri, tembikai dan lain2.....selamat mencuba