Jumaat, 14 November 2014

Resepi kek tembikai...sumber fb

RESEPI KEK TEMBIKAI

BAHAN:

3 biji telor A ( pastikan buang tali pusat telor untuk elakkan hanyir ye)
1 cawan gula castor
*11/2 tepung cake ( nak guna tepung gandum pun boleh)
*½ cawan horlick ( nak guna nestum kisar pun boleh ) – just for flavor
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml fresh milk ( nak guna susu cair pun boleh)
*¼ sudu kecil garam halus
100 ml minyak masak or butter cair
1 sudu kecil essen vanilla
1 sudu kecil essen strawberry
1 sudu kecil essen apple
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna hijau
Choco chip kecil secukup nyer

Bahan yang bertanda * perlu diayak sekali

Cara caranya.

- Panaskan pengukus .

- Pukul telor and gula castor hingga gebu and gula hancur sepenuhnya..then add ovalette and pukul lagi hingga sebati..masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan fresh milk and minyak masak hingga habis.

- bahagikan adunan kepada 3 bahagian :-1/2 bahagian di add pewarna hijau and perasa apple, ¼ bahagian dibiarkan warna asal adunan dan selebihnya di add pewarn merah and essen strawberry. – boleh rujuk gambar yee..

- Lapik Loyang dengan plastic tahan panas and tuangkan adunan hijau terlebih dahulu ..kukus selama 6-8 minit hingga lapisan hijau masak ( boleh rujuk gambar)

- Kemudian masukkan lapisan warna asal pula and kukus dalam 5 minit hingga masak

- Terakhir masukkan adunan merah and tabur choco chip serata ..untuk jadikan seperti biji tembikai.

- Teruskan mengukus selama 20 minit atau hingga kek masak..gunakan api yang sederhana besar and pastikan penutup Loyang pengukus dibalut kain bersih untuk elakkan air titisan menitik di permukaan kek.

Tunggu hingga kek sejuk baru potong yee…