Khamis, 28 April 2016

AIR KATIRA ..RESEPI DR FB

AIR KATIRA
.
Bahan-bahan:
.
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Getah anggur (katira)
Sagu 3 warna
cendol
cincau
potong Gajus, Badam atau kacang tanah goreng
buang kulit sedikit asam boi
hirisan kurma cina
buah semangkuk
Barli, buah kundur atau buah kabung
kismis
biji selasih secukupnya
Bahan sirap hijau (sedikit pewarna hijau daun pandan)
Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
.
Cara membuat:
.
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan. Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.
.
Artikel asal: http://bit.ly/1VNEqOc

Laicikang Cik Bunga

Lai Chi Kang

Bahan-bahan



Air gula 

Sirap merah
Sedikit agar-agar berwarna
Barli yang telah direbus
Buah kabung
Buah laici ( dalam tin)
Sedikit isi cendol
Cincau

Sagu Besar
Kacang tanah yang sudah digoreng /bakar atau beli saja kacang cap tanganatau apa saja kacang yang bersesuaian.
Kismis.
Halwa kundur
Halwa buah pala
Nata le coco perisa laici

1 sudu besar katirah ( direndam selama 4 jam)
2 sudu besar biji selasih ( direndam selama 5 minit)
5 ke 6 biji buah kembang semangkuk ( direndam selama 5 jam)
.
Cara-cara
.
Cara membuatnya amat mudah sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan kesemua bahan diatas. Laici kang anda siap untuk dihidangkan dan diminum.

RESEPI COCONUT SHAKE MUDAH

COCONUT SHAKE MUDAH

Bahan-bahannya :

1. Air kelapa muda
2. Ais krim vanila
3. Isi buah kelapa
4. Ais
5. Air gula

Cara-Cara:

1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Campurkan aiskrim vanilla
6. Siap sedia dihidang dan diminum.
.
Artikel asal: http://bit.ly/23UDJHk

CONTOH IKRAR KECEMERLANGAN PELAJAR ATAU IKRAR JAYA WARIS

LOGO SEKOLAH     IKRAR KECEMERLANGAN SEKOLAH ( NAMA SEKOLAH )





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Maka saya, pelajar ( NAMA SEKOLAH) sesi 2016 ini , berjanji dan berikrar akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan cemerlang dan menaikan nama baik sekolah.

Saya berikrar akan sentiasa bersedia dengan penuh iltizam untuk lebih berusaha dengan lebih gigih dan akan mengikuti setiap program kecemerlangan yang telah diaturkan oleh pihak sekolah dalam merencanakan kejayaan saya, demi kecemerlangan sekolah selaras dengan misi dan visi sekolah.

Saya bersetuju dan berjanji akan mempertingkatkan prestasi setiap matapelajaran dalam peperiksaan yang dihadapi. Saya juga berjanji akan menghadiri peperiksaan bagi semua matapelajaran yang ditetapkan oleh  sekolah dan kementerian ke atas saya. Sekiranya saya  tidak mematuhi  perjanjian yang ditetapkan ini, saya bersedia menerima tindakan daripada pihak sekolah dan ibubapa saya.

Persetujuan ini dibuat  atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak.

.......................................................        ............................................
(                                                     )         (                                              )
Tandatangan Pelajar                    Tandatangan Waris

Disahkan bahawa perjanjian ini telah dibuat dihadapan :


.....................................................................                 Cop Rasmi :
(Pengetua / Pen. Kanan 1 / Pen. Kanan HEM

Rabu, 27 April 2016

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ..FB RESEPI SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA

Bahan2nya :

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada blend skali)

3 batang serai - dititik

1 sudu teh halba

daun kesum + bungan kantan

bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)

air asam jawa

garam + gula

minyak

Caranya :

Panaskan minyak....

Then masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi... masukkan serai jugak...

Masak sampai benda blend tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)

Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..

masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....

banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr...

then last, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam... biar dia mendidih then boleh tutup api....



 

RESEPI MARUKU ..SUMBER FB MAHN

BAHAN2
300 gm tepung pulut
200 gm tepung kacang kuda
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar jintan manis(yg biji)
1 sudu besar jintan putih(yg biji)
1 sudu kecil jemuju
1/2 sudu besar garam
60 gm majerin(cairkan..pakai bila suam)
Segengam udang kering
2 biji telur
1 sudu besar gula
250 ml santan cair
Minyak

CARA2
1.sangan jintan manis dan jintan putih
2.kisar kering hingga halus jintan manis,jintan putih,udang kering dan jemuju
3.satukan semua bahan kering
4.bancuh dengan santan..tambah telur dan garam
5.uli dengan santan...penggunaan santan hanya sekadar utk menguli adunan..tidak semestinya pakai semua..sb ini sukatan agak2 dari saya..biasa saya tak menyukat..letak sedikit demi sedikit
6.uli sehingga tidak melekat di tangan
7.panaskan minyak mengoreng
8.ambil segengam daun kari dan goreng
9.lepas tu tanpa angkat daun kari terus goreng maruku anda dengan mengunakan cetak maruku berbentuk leper
10.goreng kuning keemasan
11.bila masak angkat dan toskan minyak

TATACARA SOLAT ORANG SAKIT

      

   

  

    

  




TALAM LAPIS PELANGI / KUIH LAPIS


TALAM LAPIS PELANGI / KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
Pewarna pilihan

Cara:

1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tidak berketul dan adunan rata.
3. Keluarkan adunan dari pengisar dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan sedikit lagi air dan kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tujuh bahagian dan diwarnakan setiap satunya.
5. Sediakan kukusan dan kukus lapisan pertama selama lima minit diikuti lapisan kedua dan seterusnya.
6. Apabila masak, angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong.

Talam Kole Kacang

TALAM KOLEH KACANG

Bahan A:

400gm gula merah
100gm gula halus
300ml air
1 helai daun pandan

Bahan B:

300gm tepung kacang hijau
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air

Cara:

1. Masak bahan A sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml (jangan sampai air gula pekat).
2. Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
3. Masukkna bahan A ke dalam bancuhan B, kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk, jangan terlebih pekat sangat nanti jadi kuih plastik. Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat.
4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas dan disapu marjerin.
5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

Bahan tahi minyak:

300ml santan pekat
1/8 tsp garam

Cara:

1. Dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas.
2. Minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat

Nota:

1. Saya masak adunan kuih koleh kacang selama 40 minit guna api sederhana je.
2. Sentiasalah di kacau supaya adunan tak bergentel Bila dah siap, tutupkan api dan tuangkan dalam loyang yang telah di gris dengan minyak/marjerin.
3. Taburkan tahi minyak ketika masih panas lagi.

resepi wajik

WAJIK

Bahan-bahan :
1 kilo beras pulut
1 kilo santan
1 kilo gula merah @ nisei
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan :

1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam.
2. Selepas itu, tanak atau kukus beras pulut.
3. Masak santan dan gula merah di dalam kuali besar sehingga gula merah larut. Kemudian tapis dengan menggunakan tapisan besar untuk mengasingkan hampas gula merah.
4. Masukkan semula santan yang telah ditapis tadi ke dalam kuali, masukkan garam dan masak serta kacau santan sehingga pekat.
5. Apabila santan agak pekat, masukkan beras pulut yang sudah ditanak / dikukus ke dalam santan bersama daun pandan. Kacau lagi hingga benar-benar pekat dan likat.
6. Tuangkan ke dalam bekas.
7. Hidangkan setelah sejuk.* Makan panas-panas pun sedap.

RESEPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)..dari fb

RESEPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)
Dah bosan guna koko? Kita boleh ubah gunakan Milo .
Bahan A:
1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat.

Bahan B:
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
(dipukul kembang)
Bahan C:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder.
Cara:
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.
3. Masukkan pula bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yg sederhana *jgn terlalu kecil dan terlalu besar!!!
7. Kukus selama 30 - 45 minit.
Topping:
1 cwn milo
1/2 cwn susu pekat
2 sdb minyak masak
3 sdb air.
Gunakan taktik double boiler shingga coklat sebati. Jgn terlalu cair, dan jgn terlalu pekat.

Burger Malaysia .....dari fb

BANCUH YIS:
Yis satu paket
Dua sudu gula
Dua sudu susu pekat
Dua sudu susu cair
Air suam

( BANCUH SEMUA BAHAN DAN BIAR KAN YIS KEMBANG)
CARA BUAT TEPUNG LEMBUT:
tepung 3cawan
Garam 1sudu Teh
Planta/marjerin Dua sudu makan
Ovellate 1sudu makan.
(GAUL SEMUA BAHAN DALAM TEPUNG..DAN MASUK AIR YIS SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL ULI TEPUNG..HABIS TANGAN KITA MELEKAT2 KAN SO BIARKAN JE ULI SMPAI AIR YIS HABIS OK..BIAR JE MELEKAT JGN TAMBAH TEPUNG..DAH PERGI CUCI TGAN TU HABIS MELEKAT DGN TEPUNG..DAH SIAP CUCI JGN LUPA AMBIK KAIN PUTIH BASAH N PERAH AGAK2 LEMBAB SO TUTUP LA BEKAS TEPUNG YG DAH ULI TU ..KOME PERAP TEPUNG TU ..DALAM SEJAM KOME SELAK KAIN PUTIH TU..NAMPAK TEPUNG KOME MGEMBANG BESAR..KO TUMBUKK BUANG ANGIN TEPUNG TU..OK..DAH TUMBUKK..TABUR SKIT TEPUNG ATAS TEPUNG YG TUMBUKK TU..LEPAS TU ULI LAGI..TIME NI BEST ULI SEBAB TAK MELEKAT DAH MACAM TADI..TEPUNG PUN LEMBUT SNGAT BOLEH DAH LA KOME BUAT KUIH BGER MALAYSIA NI..NAK BUAT DONAT PUN OK ..

Resepi sambal ikan bilis
Panaskan minyk goreng ikan bilis jgn garing ala2 je OK..dah angkat..tumis cili blender plak ...masuk cili serbuk cili garam gula ajinamoto asam jawa tumis sampai pecah minyak baru masuk air skit kang pekat Sgt.. N sediakan timun..kuih pau tu buat poket dlu senang kome nak isi sambal gan timun alahh macam tak penah buat pulak

dari fb erma ema