Khamis, 21 April 2016

Resepi Laksa Sarawak

Resepi Laksa Sarawak

Bahan-bahannya:
Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2.Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
5. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan

200 g pes atau perencah laksa
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Cara-cara :
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur.

Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat




Sumber fb : zinniz za ziania