Sabtu, 2 April 2016

KAUNSELING KERJAYA : PENGGUNAAN UJIAN DALAM KAUNSELING KERJAYA



KAUNSELING KERJAYA : PENGGUNAAN UJIAN DALAM KAUNSELING KERJAYA

Penggunaan alat ujian dalam menentukan kerjaya digunakan seawal tahun 1980 an. Namun penggunaan secara meluas seluruh dunia dikatakan pada tahun 1940 an. Alat –alat ujian dimasukkan beberapa item dalam penilaian seperti minat, kemahiran, pencapaian, perwatakan, budaya, personality dan peringkat kematangan. Penggunaan alat ujian perlu berhati-hati , kaunselor perlu peka dalam pemilihan alat ujian yang bersesuaian. Zunker (2002), penggunaan ujian akan dapat membantu pihak kaunselor dank lien dalam hal-hal berikut :

-          -Memperoleh maklumat terperinci tentang kemahiran, bakat, minat, nilai, pencapaian, personality, perwatakan, kematangan dan perkara-perkara lain berkaitan klien.
-          -Memperoleh satu hasil penilaian yang tepat  dan jitu serta bersikap sistematik tentang diri seseorang individu.
-          -Dapat mengenalpasti masalah  yang dihadapi oleh klien, sama ada masalah yang terpendam atau tidak dan tidak diutarakan semasa sesi kaunseling.
-          -Kaunselor dapat menyediakan satu pelan perancangan dan intervensi yang bersesuaian dengan diri klien.
-       -Penilaian yang dilakukan terhadap klien akan menghasilkan satu laporan yang dapat digunakan semasa sesi kaunseling.

Ujian bakat – digunakan untuk mengukur kemahiran dan kecekapan yang khusus atau kemampuan yang diperlukan dalam sesetengah profesion ( Cronbach, 1990). Ujian bakat dapat dilihat dengan mengukur bakat dan kemahiran khusus. Ujian bakat menyediakan ramalan tentang kejayaan dalam pekerjaan dan program latihan, ujian ini digunakan sebagai bahan kaunseling bagi meneroka kerjaya. ( Puteri Hyati Megat Ahmad,2010).

Ujian pencapaian digunakan untuk menilai tahap semasa perkembangan individu. Selalunya ujian ini berkaitan mengukur pengetahuan dalam pembelajaran yang diajar dalam sekolah dalam piawaian populasi yang sama,  mengukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja dan mengukur kecekapan khusus seperti mengira, membaca dan menulis. Sebenarnya ujian ini amat menekankan pencapaian dan kemahiran dalam akademik.

Inventori minat digunakan untuk mengenalpasti minat klien. Antara inventori minat :
1.The Kuder Occupational Interest Survey oleh G.F. Kuder
2.Self –Directed Search  ( SDS)
3. Vocational Preference Inventory (VPI)
4.Strong Interest Inventory

Mengenalpasti kepelbagaian personality

-          Ujian-ujian berkaitan personality
1.       Sixteen Personality Factor Questionnaires
2.       California Test of Personality
3.       Minnesota Caunseling Inventrory
4.       Temperament and Value Inventory
5.       Mayers-Briggs Type Indicator
6.       Tennessee  Self Contept Scale

Kepercayayn dan nilai seseorang kadangkala berubah mengikut beberapa aspek yang berbeza seperti  jantina, umur, latar dan sebagainya.

Jenis inventori nilai yang digunakan dalam kaunseling kerjaya ialah inventori yang mengukur nilai berkaitan pekerjaan dan inventori yang mengukur nilai dalam kehidupan yang perbagai /luas/ kematangan.

Contoh inventori nilai pekerjaan
-          Work Environment Preference Schedule
-          Work Value Inventory (WVI).

Contoh inventori kematangan pekerjaan
-          Career Development Inventory
-          Career Maturity Inventory (CMI)
-          Adult Career Concern Inventory