Isnin, 22 Mei 2017

SEBAB SAYA BUAT BLOG

MULA-MULA BUAT BLOG NI MINTA TOLONG BEKAS PELAJAR, SEBAB BUAT BLOG KOMPUTER SAYA ROSAK BANYAK BAHAN-BAHAN YANG DI SAVE SEBAGAI KENANGAN DAN RUJUKAN HILANG. lEPAS TU HAMPIR 7 KEPING PENDRIVE SAYA HILANG. BILA NAK CARI PUA BAHAN-BAHAN MEMANG SUSAH NAK DAPAT.

LEPAS TU BANYAK ILMU YANG BOLEH DIKONGSI DALAM BLOG. SUSAH SEBENARNYA NAK TANYA ORANG . SAYA PERNAH NAK MINTA ORANG AJAR SESUATU ILMU ..SAYA CALL , MESEJ DAN WHATAPPS DALAM SATU HARI HAMPIR LEBIH 20 ORANG, TAPI JAWAPAN YANG SAYA TERIMA HAMPIR SAMA : DAH LUPA, RASA MACAM PERNAH BUAT, TAK TAHU , KOMPUTER MASUK VIRUS DAN MACAM-MACAM. AKHIRNYA TETAP KENA BUAT SENDIRI. JADI BILA DAPAT HASILNMYA APA SALAHNYA BERKONGSI. SAYA TAHU PERASAAN SEDIH DAN MALU BILA MINTA TOLONG ORANG TAK BERAPA LAYAN. JADI HARAP-HARAP PENGISIAN DALAM BLOG INI DAPAT MEMBANTU ORANG LAIN ATAU YANG SENASIB SAYA.

Khamis, 11 Mei 2017

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG

SUP AYAM KAMPUNG

 SEEKOR AYAM KAMPUNG
2 LITER AIR
 1 PERENCAH SUP BUNJUT
1/2 SUDU BESAR GARAM
1/2 SUDU KECIL AJINOMOTO / BAHAN PERISA
SEDIKIT DAUN SUP
3 SUDU MINYAK

BAHAN YANG DIKISAR
HALIA 1 INCI
BAWANG MERAH 2 KETUL
BAWANG PUTIH 4 ULAS



CARA MEMBUAT

TUMIS BAHAN TUMISAN HINGGA BERTUKAR PERANG , MASUKKAN AYAM  KACAU HINGGA SEBATI DAN BIARKAN SEKEJAP HINGGA AIR AYAM AGAK KERING, MASUKKAN 2 LITER AIR , PERENCAH SUP DAN AJINOMOTO, BIARKAN HINGGA AIR MENGGELEGAK DAN ISI AYAM AGAM LEMBUT. MASUKKAN GARAM, BIARKAN HINGGA BETUL-BETUL MASAK. MASUKKAN DAUN SUP...SETERUSNYA BOLEH DIHIDANG.




RESEPI AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT

AYAM KAMPUNG MASAK KUNYIT


SEEKOR AYAM KAMPUNG YANG DIPOTONG HALUS DAN DIPERAPKAN BERSAMA SATU SUDU BESAR SERBUK KUNYIT

1/2 SUDU BESAR GARAM
1/2 SUDU KECIL AJINOMOTO
1 BATANG SERAI YANG DIKETUK
4 GELAS AIR
3 SUDU MINYAK

BAHAN YANG DIKISAR

4 ULAS BAWANG PUTIH
2 KETUL BAWANG MERAH
1 INCI HALIA
1 SUDU LADA HITAM


CARA MEMBUAT

TUMIS BAHAN YANG DI KISAR DALAM MINYAK PANAS, BIAR MENJADI PERANG
SETERUSNYA MASUKKAN AYAM YANG DIPERAP DALAM BAHAN TUMISAN, KACAU HINGGA SEBATI , BIAR SEMINIT SEHINGGA TIADA AIR PADA AYAM. SETERUSNYA MASUKKAN AIR 4 GELAS BERSAMA AJINOMOTO, BIARKAN HINGGA MENGGELEGAK. MASUKKAN GARAM DAN SERAI , KUCAI HINGGA AIR KERING.






Rabu, 10 Mei 2017

resepi putu kacang hijau

Putu kacang hijau

Secawan tepung kacang hijau sya guna yg ready made..
Sangai 5 min...biarkn sejuk
3/4 cwn gula halus,saya blend gula biasa...
Satukn semua...biarkn semlman
Klu dah boleh di kepal...boleh le diterap...klu agak kering renjis dengan air....gaul.. smpi x ada ketul2 ..lepas terap jemur dlm 2 hari...siap


credit : Hanizah Ahmad Sabar‎ #mahn

Resepi Kek Buah Campur


Resepi Kek Buah Campur

Bahan-bahan :

2 Cawan Marjerin
3/4 Cawan Gula
2 Cawan Tepung Gandum
5 Biji Telur
1 Cawan Susu Pekat
1/2 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
1 Paket Buah Campur

Cara membuatnya :

*panaskan oven 175C dan lenser kan tin kek dengan mentega.

*putar gula(telah di kisar halus) dengan mentega hingga jadi putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.

*perlahankan speed dan masukkan tepung (yang telah di ayak dengan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Dan kemudian masukkan susu pekat dan putar hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah campur dan gaul guna sudu(selerakkan mengikut kesesuaian)

*bakar 50-60 minit mengikut oven masing2
 
fb jom belajar buat kek

Kek Pisang Marble

Kek Pisang Marble

→Jom Share Resepi←
fb jom belajar buat kek


Bahan-bahan:

200 gram pisang lecek
180 grm tepung gandum
3 biji telur
120 ml minyak sayur / minyak jagung
170 gram gula halus
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar susu cair / air masak
2 susu besar serbuk koko

Cara Membuat :

1. Campurkan semua bahan - bahan di atas ke dalam mangkuk adunan kecuali serbuk koko.

2. Pukul menggunakan mixer sehingga naik kembang dan berwarna putih. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagia campurkan dengan serbuk koko.

3. Sediakan acuan kegemaran dan gliskan dengan marjerin dan sedikit tepung.

4. Masukkan adunan secara berselang - seli ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.






Foto Jom Belajar Buat Kek.

Larva Coklat Cake Ringkas


Larva Coklat Cake Ringkas

Bahan2:
2 Biji telur
1 cwn tepung gandum*
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt soda bikarbonat*
30 gm koko powder
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak/jagung
1/2 cawan susu cair

Cara2:
1. Mula2 ayakkan bahan bertanda *
2.Masak kan koko,susu cair,susu pekat,gula,& minyak hingga gula cair dan biarkan suam
3. Baru add telur dan pukul hingga kembang
4.Kemudian masukkan tepung yg diayak td gaul sebati
5. Akhir sekali kukus kek selama anggaran 7 minit supaya didlm nya kekal cair seperti larva

Nota: Jangan masak terlebih lama,takut2 tak menjadi larva didlm kek...ckup masak bahagian luarannya shj
 
fb jom belajar buat kek
 
 
Foto Jom Belajar Buat Kek.

PUDING KARAMEL CHOC MOIST

PUDING KARAMEL CHOC MOIST

Bahan Bahan
.
Untuk Karamel – 3 sudu besar gula pasir
Untuk Puding – 5 biji telur, 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 sudu kecil essen vanila
Untuk Choc Moist – 4 sudu besar serbuk koko, setengah tin susu cair, setengah tin susu pekat, setengah cawan minyak masak, setengah cawan gula castor, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 biji telur, 1 cawan tepung hong kong
.
Cara Cara Membuat:
.
Untuk Karamel – Panaskan gula di atas loyang dengan api perlahan. Biar hingga gula mencair dan berwarna keperangan. Ratakan di atas permukaan loyang. Matikan api dan ketepikan. Biar sejuk
.
Untuk Puding – Blander susu pekat, susu cair, essen vanila dan telur. Jangan terlalu lama. Cukup sekadar 2 hingga 3 kali putar. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus 10 hingga 15 minit.
.
Untuk Choc Moist – Cmpurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, minyak masak dan gula kastor. Kacau di atas api perlahan selama 2 hingga 3 minit. Masukkan tepung hong kong dan soda bikarbonat yang telah di ayak. Masukkan telur telah di pukul. Kacau hingga sebati. Tuangkan di atas puding yang telah di kukus tadi dan kukus lagi selama 20 hingga 40 minit (bergantung pada kepanasan api gas)




fb : jom belajar buat kek
.
*** Sejukkan selama setengah jam baru terbalikkan Puding Karamel Choc Moist – Boleh simpan di dalam peti sejuk selepas di terbalikkan. Siap



 Foto Jom Belajar Buat Kek.

RESEPI BUTTER CAKE

RESEPI BUTTER CAKE

Bahan-Bahan:
250gm butter @ marjerin. (Guna butter lg sedap @ pon marjerin Planta)
150gm gula kaster (saya kurangkan 125gm)
250gm tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum tambahkan baking powder & soda bikarbonat)
4 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu bsr serbuk koko
Pewarna kegemaran
.
Cara-Cara Penyediaan:
Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebentar.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tuang esen vanilla & susu pekat. Putar sebati adunan.
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna.
Atau pun bahagikan kpd 2 bahagian. 1 bahagian diletakkan serbuk koko. 1 bahagian lg plain. Terpulang pada kreativiti masing2.
Tuang adunan berselang seli ke dlm loyang yg telah dilapik dgn baking paper.
Bakar didlm oven selama 45 - 50 minit dgn suhu 170'c sehingga masak.


fb jom belajar buat kek

KEK BISKUT MERRIE

KEK BISKUT MERRIE

Bahan-bahan:
500gm biskut merrie (1 peket ½)
1cawan gula*
½cawan sebuk koko*
1cawan air*
⅔cawan mentega*
1sudu kecil vanilla*
.
Topping coklat:
½ cawan susu sejat
1 bar coklat masakan
Hiasan seperti kekacang @ buah buahan.
.
Cara-Cara:
- Pecahkan biskut merrie, ketepikan
- Dalam periuk kecil, jadikan satu bahan bertanda *
- Whisk sebati
- Panaskan diatas api yg perlahan, sentiasa kacau rata. selama 7-8 min.
- Tuang didalam mangkuk yg mengandungi biskut merry tadi.
- Gaul mesra.
- Masukkan dalam acuan kek
- Tekan dan padatkan, simpan dalam petisejuk 1jam.
.
Untuk membuat topping
- Panaskan susu sejat, matikan api & masukkan coklat masakan
- kacau sebati.
- Tuangkan diatas kek dan sejukkan semula 1jam.
- Hiaskan & hidangkan.

fb jom belajar buat kek

 
Foto Jom Belajar Buat Kek.

Resepi Kek Velvet Pelangi Kukus

Resepi Kek Velvet Pelangi Kukus

bahan bahan (loyang 8")

4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
3/4 cawan gula halus / perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g)

1.Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.

2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

4.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

5.Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

6.Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

7.Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.


fb jom belajar buat kek

 
Foto Jom Belajar Buat Kek.

resepi apam pisang

Resepi Apam Pisang

2cwan tepung gandum (sy guna cap ros je)
2sdk soda bikabornat
2sdk baking powder
(sy guna sd kfc bg rata je 2 bahan tu)
semua ni ayak sekali ketepikan
Bahan Blend
Pisang awak 9 biji (kalau pki pisang berangan 4biji klu pki pisang emas dlm 8-9biji)
minyak 1cwn
gula pasir 1/2cwn
telur 3biji
Blend semua sampai hancur (blender cili tu). Dah hancur elok masukkan dlm bekas tepung tadi kacau sebati dan rehatkan adunan 10minit. Masukkan dlm acuan lompang yg telah dialas dgn cup kertas...
Kukus selama 15minit..siap.
Sebelum tu panaskan dulu kukusan ye.
credit : Nor Shakinah Md Zainal‎ #mahn    

sumber fb aneka kuih muih

cookies tart anak landak

TART ANAK LANDAK
.
Bahan:
.
600g tepung gandum-ayak
4 biji kuning telur
8sudu makan tepung jagung
8sudu gula aising
400g buttercup
.
Bahan hiasan
.
Kuning telur+pewarna kuning sedikit
Bijian hitam secukupnye
Inti nenas pun secukupnye..
.
gaul tepung yang di ayak bersama tepung jagung,gula aising dengan buttercup sehingga berderai
.
kemudian masukkan kuning telur gaul sehingga menjadi doh.
.
bentukkan.....
.
bakar 160° selama 20 minit atau sehingga masak...
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.

Sumber : Hajal Aishah Zakirai
fb jom belajar buat biskut

resepi puding gula hangus

RESEPI PUDING GULA HANGUS

Bahan-bahan A (Karamel gula halus):
● 3 sudu gula halus
● 3 sudu air
Bahan-bahan B (Puding):
● 1 tin susu pekat (400 ml)
● 2 cawan air
● 5 biji telur
● 1 sudu teh esen vanila
● 2 sudu tepung jagung (boleh tambah utk keraskan)
Cara-cara membuat karamel gula halus:
● 1. Cairkan gula dan air sampai pekat.
● 2. Tuangkan ke dalam loyang
Cara-cara membuat puding:
1. Pukul telur sehingga kembang bersama esen vanila.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan B yang lain dan kacau sehingga rata.
3. Tuangkan kesemua bahan yang telah rata kedalam loyang yang telah berisi karamel gula hangus tadi.
4. Kukus dan siap
5. Lagi sedap dimakan kalau simpan dalam peti ais dulu ...

sumber : fb jom belajar buat puding

biskut choc chip

CHOC CHIP COOKIES..

BAHAN A
1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip
(sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun
Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dlm 1minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit

Sumber resepi : Shahila Hanim
Fb Jom belajar buat biskut

resepi kacang goreng berempah

 kacang goreng berempah

500gm Kacang tanah
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
*sb - Sudu Besar
*sk - Sudu Kecil

Cara-caranya :
● Bersihkn kacang tanah...(bilas n jemur kering sehari sebelum nk buat
● Campur semua bahan (kacang+bwg putih+serbuk cili+gula+garam+telur)
● Gaul smpai sebati
● Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sampai sebati
● Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana
● Bila dah masak, angkat dan tapis/tos kan minyak sebelum dimasukkan dlm bekas.
Kredit *Siti Azura via Resepi Sedap

Selasa, 9 Mei 2017

APAM LENGGANG SEDAP

APAM LENGGANG SEDAP
.
Bahan-Bahan:
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8sudu besar gula
1cwn air
1cwn santan pekat
1biji telur
.
Cara-Cara Penyediaan:
-Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3jam
-masukkan santan dan gaul lagi
-panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
-kalau pakai non stick pan x perlu gris minyak
-masak dgn api perlahan...bila dh kekuningan blhlah digulung atau dilipat dua...siappp...sedap mkn panas2.


fb aneka resepi kuih muih 


Resepi Kuih Buah Rotan

Resepi Kuih Buah Rotan

Bahan - bahan :
500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

Cara-caranya
1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.
3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan

fb resepi lazat untuk keluarga

 

kuih ketayap

KUIH KETAYAP

Bahan inti:

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Cara:

Masukkan kelapa parut, gula merah serta daun pandan di dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacaukan ia sehingga menjadi warna keperangan selama 10 hingga 15 minit. Barulah diangkat dan disejukkan.

Bahan kulit:

350 gm tepung gandum
100 ml air daun pandan
600 ml air / santan
1 sdt soda bikarbonate
1 sdt garam
sedikir warna hijau epal

Cara:

Blend bahan-bahan di atas dan tapiskan.
Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan adunan ke dalam kuali tersebut. Lenggangkan ia supaya rata.
Tunggu sehingga ia masak, barulah diangkat.

Penyediaannya:

Letakkan inti tadi di bahagian tepi kulit ketayap tersebut. Gulung sedikit, serta lipatkan kedua-dua penghujung dan teruslah menggulung sehingga habis. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dimakan.


fb aneka resepi kuih muih
 Foto Aneka Resepi Kuih Muih.
 

resepi kuih lapis

KUIH LAPIS

fb aneka resepi kuih muih
Bahan A:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B:

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan C:

warna hijau
warna pink
warna coklat

Cara:

1. Satukan bahan A, gaul rata kemudian ketepikan.
2. Masak bahan B hingga gula larut dan biarkan suam sedikit.
3. Campurkan bahan B kedalam A, gaul rata dan tapiskan.
4. Ambil adunan 1 cawan kemudiaan warnakan coklat.
5. Baki adunan dibahagikan kepada 2 dan warnakan.
6. Panaskan air kukusan, loyang dialas dgn plastik dan sapukan minyak keliling loyang.
7. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus selama 5 minit.
8. Bila permukaan dah keras, garis gariskan dgn lidi, tuang pula adunan pink. Begitulah seterusnya. Warna coklat biar dilapisan tengah. Kukus hingga habis adunan.
9. Lapisan akhir, kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Pastikan kuih betul2 sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik.



 Foto Aneka Resepi Kuih Muih.

resepi tauhu sumbat


TAUHU SUMBAT
fb aneka kuih muih
Bahan-bahan:

4 keping tahu (dipotong tiga segi dan goreng)
8 tangkai lada kering yang dah direbus
4 tangkai cili padi (potong 2)
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
sedikit belacan
kacang tanah goreng secukupnya
sos cili secukupnya
garam dan gula secukupnya
air masak secukupnya
timun secukupnya (dihiris memanjang)
taugeh secukupnya
sedikit lobak merah (dihiris memanjang)

Cara:

1. Tauhu yang dah digoreng, belah tengahnya.
2. Timun, lobak dan taugeh direndam dalam air panas sekejap. Toskan, kemudian sumbat dalam tauhu tadi, ketepikan.
3. Lada kering, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan di goreng dlm minyak panas sebentar.
4. Angkat dan toskan, kemudian masuk dalam blender bersama air masak secukupnya. Mesin hingga halus.
5. Masukkan kacang tanah goreng, mesin sekejap (jangan terlalu halus), keluarkan dan masuk dalam bekas.
6. Campurkan dengan sos cili, gula dan garam, gaul hingga sebati. Rasakan masam, masin dan manis. Lebih sedap jika terasa manisnya.
7. Bila nak makan, jiruskan sambal kacang atas tauhu sumbat tadi.

resepi kuih tako

KUIH TAKO
fb aneka resepi kuih muih
Bahan lapisan bawah:

30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu

Bahan lapisan atas:

270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara:

Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk dan hidang.


 Foto Aneka Resepi Kuih Muih.

RESEPI CEK MEK MOLEK


CEK MEK MOLEK
by fb aneka resepi kuih muih
Bahan-bahan:

4 – 5 biji ubi keledek (saiz sederhana)
gandum – secukupnya
Inti: gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Rebus keledek sehingga lembut dan kupas kulitnya. Tumbuk atau lenyek selumat-lumatnya dan kemudian campurkan gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tapi jangan terlebih gandum, nanti cekmek akan jadi keras. Bulatkan doh kecil2 dan leperkan dengan tangan, kalau melekat taburkan sedikit gandum di tangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Gula mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak manis, letak sedikit sahaja. Goreng dan minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
 
 
 Foto Aneka Resepi Kuih Muih.

RESEPI NONA MANIS

RESEPI NONA MANIS
By: Mamanye Fiya


Bahan A
1/2 Cawan Gula Kastor
1 biji Telur Gred A
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
perisa kelapa pandan emulco
pewarna hijau
Bahan Inti
1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam

Cara Penyediaan Bahan A
Pukul telur hingga kembang.Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik
kukus 7-8 minit

seri muka pandan / pulut sekaya

Seri muka pandan

By Norfaizatul Akma ( aneka resepi kuih muih)
Lapisan bawah:-
Beras Pulut 2c (rendam 2j)
Santan pekat 1c
Air 1c
Garam
-Toskan beras pulut
-Campur semua masak atas api smpi pekat
-Masuk dlm loyang yg dah di lenser minyak masak
-Jangan tekan padat pulut,tekan skit2 je.kalau pulut padat sgt nti keras.
Lapisan atas:-
Air daun pandan 1c (5 hlai daun pandan yg lebar n pnjg utk warna n rasa)
Santan pekat 1 1/2c
Telur 1 biji
Tepung gandum 1c
Tepung jagung 1 1/2 sb
Gula 3/4c
Garam
-Blen semua dan tapis
-Tuang dlm loyang
-Kukus 45 minit
Penutup pengukus kne slalu lap supaye air x jtuh dlm adunan

Foto Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang.

WAJIK / PULUT MANIS

Wajik / Pulut Manis

Bahan-bahan :
1 kilogram beras pulut
300 gram gula pasir
300 gram gula merah
500 ml santan dicampur
secubit garam
Daun pandan disiat dan disimpulkan

Cara menyediakan:
1 Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2 Gula merah dan gula pasir dimasakkan dengan santan dan daun pandan.
3 Masakkan sehingga pekat.
4 Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5 Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

KUIH SAGU MATA IKAN

KUIH SAGU MATA IKAN
.
Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
.
Cara-cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan


SUMBER : ANEKA RESEPI KUIH MUIH

 

PUTERI AYU CHEESE

PUTERI AYU CHEESE

2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan


BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur
Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.
CARA2NYA:-
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
7. Didihkan air di dalam kukusan.
8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
NOTA dari Aini Binte Madon
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.
SELAMAT MENCUBA...

SUMBER : ANEKA RESEPI KUIH MUIH

   Foto Aneka Resepi Kuih Muih.

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

Tepung bungkus
RESEPI.
2 bungkus tepung beras ( siam )
10 cawan air
24 sudu gula
2sudu garam
1kg santan

Mskn 5cawan air,gula,garam & santan ke dlm kuali kacau sampai mendidih
Bancuh 5cawan air bersama tepung n kacau bg sebati,
Mskn adunan tadi ke dalam kuali n kacau hingga tepung btl2 masak & nampak bkilat
Inti
5biji kelapa
1 kg gula melaka
1/2 sudu garam
1/2kg gula
2sudu debu pulut
Daun pandan
Masak kelapa dgn air sehingga masak
Mskn gula melaka ,gula & daun pandan
Bancuh tepung pulut dgn sedikit air n masukn kedalam adunan kelapa
Masak sehingga kering
Bulat2 kan inti & gaul dgn debu pulut
Cara2 buat Tpg bungkus
Lapis dua daun pisang
Letak 1 sudu tepung kedalam daun pisang
Mskn 2 biji inti,tutup inti td dgn satu sudu lg tepung..balut tepung td n lipat di bahagian hujung kiri kanan
Kukus selama 20-25mnt
Bagi sejuk ckit & baru blh makan...
credit : Asmaak Razali‎ #mahn
    Foto Aneka Resepi Kuih Muih.

RESEPI BROWNIES KEDUT

Perkongsian resipi #BROWNIES_KEDUT lagi.. atas permintaan ramai... kali ke-6 sy kongsikan.. Alhamdulillah dah setahun lebih sy guna resipi yg sm... setiap hari ada permintaan. .mmg meletops sbb brownies ni sgt lembab dan x manis serta x muak....silakan share..

#BROWNIES_KEDUT (loyang 10* inci)
Bahan A
400g coklat masakan atau compound choc
150g butter kalo xde marjerin pun boleh..tp sy x galakkan sbb nk sedap kena bhn mahal sikit..
(Double boiler 2 bahan di atas sampai cair)

Bahan B
4 bj telur gred A @ B
80g gula castor
80g gula perang
(Satukan bahan B whisk guna tgn hingga gula larut dlm telur.. kacau jer.. x perlu pukul bagai..pastikan gula larut yer utk dptkan effect kedut tu..kacau slow motion yer jgn ribut2..

BAhan C
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
(Ayak 2 bahan ni)

Cara
Satukan bahan A dan B..kacau hingga sebati guna whisk..masukkan bahan C..Kacau sebati..

Gris nipis pd loyang..
Lapik baking paper...tuang adunan..adunan mmg kental..ratakan..tabur almond flakes (xmo tabur pun boleh)
Panaskan oven suhu 150-160*c
Bakar 35 minit jika loyang saiz 10*inci @ 30 mnt loyabg saiz 8*inci
Kalo guna loyang saiz 8* inci...bahagikan adunan kpd 2 bahagian ..
Siap.. . hias ikut kreativiti.


fb : jom belajar buat biskut

 
Foto Jom Belajar Buat Biskut.

Choc Bar Bubble Rice mixed with Sunflower Seed.

Choc Bar Bubble Rice mixed with Sunflower Seed. Hanya menggunakan 3 BAHAN SAHAJA, memang sangat sedap! semoga anda semua boleh buat ni sebagai pendapatan sampingan dan saya doakan anda semua kaya raya dan berjaya di dunia dan akhirat, amin yarabbal alamin 😘
.
bahan-bahan:
- milk compound beryls choc
- bubble rice
- sunflower seed (kuaci)

cara-cara:
- cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler
- selepas itu, campurkan bubble rice dan kuaci yg telah disangai (goreng tanpa minyak selama 2-3 minit atau kuaci dan bubble rice tersebut bertukar menjadi kekuningan sedikit)
- masukkan ke dalam loyang (saiz empat segi untuk memudahkan anda memotong choc tersebut menjadi choc bar) , ratakan kesemua bahan-bahan tersebut.
- kemudian masukkan ke dalam freezer selama sekurang-kurangnya 30minit.
- tadaaa, siap boleh dimakan dan simpan dalam bekas kedap udara (saya lebih suka masukkan semula ke dalam freezer setelah masukkan ke dalam bekas kedap udara sebab nak bg coklat tu tahan lama😉)

credit : Nzalehah Le'a‎ #mahn


 Foto Jom Belajar Buat Biskut.

Resepi Biskut Buah Kana


Resepi Biskut Buah Kana

Bahan-bahannya:

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Cara-caranya

1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.

2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.

3. Ketukkanacuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin.

4. Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak.

5. Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.
 
 Foto Jom Belajar Buat Biskut.

jejari nestum

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut german

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut bangkit

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut kristal ball

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut arab

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut walnut almond snow

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

cornflakes almond coklaat ball

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut sarang semut

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut makmur

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

semperit nutella

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

almond cocochips cookies

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut suji

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

red velvet white coklat

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut magic strawberry ball

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

chocolate cornfakes

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut almond london

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut butter sugar cornflakes

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut dahlia

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut snow almond

Foto Jom Belajar Buat Biskut.

BISKUT KEJU CHEDDAR


BISKUT KEJU CHEDDAR

Bahan-Bahan

-300gm tepung gandum
-100gm tepung jagung
-250gm mentega
-100gm gula aising
-1 biji telur
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-100gm keju cheddar ( parut )

Bahan Hiasan

-1 biji putih telur
-sedikit kejuncheddar ( parut )

Cara-Cara
Satukan tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk. Ketepikan.
Putar mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan keju cheddar. Uli dan sebatikan adunan.
Canai doh dan terap menggunakan acuan dan atur di dalam dulang pembakar.
Sapu putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.
 fb : jom belajar buat biskut
 Foto Jom Belajar Buat Biskut.

biskut dam






Foto Jom Belajar Buat Biskut.

Foto Jom Belajar Buat Biskut.    Foto Jom Belajar Buat Biskut.Foto Jom Belajar Buat Biskut.    Foto Jom Belajar Buat Biskut.Foto Jom Belajar Buat Biskut.