Isnin, 8 Mei 2017

ROTI LABU MANIS


ROTI LABU MANIS
kredit : www.tiffinbiru.com

BAHAN - BAHANNYA :-)
260 gram tepung roti (tepung berprotein tinggi)
40 gram gula halus
40 gram mentega
1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
1/4 camca teh bread improver
85 gram puree labu manis (rebus labu hingga lembut, lecek halus dan timbang)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
Susu segar secukupnya
Telur + 1 camca besar susu + Sedikit esen vanilla = kacau rata untuk menglis
Sedikit biji kuaci labu, untuk hiasan
Sedikit gula pasir kasar, untuk hiasan
Sedikit mentega untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)

KAEDAH BREAD MAKER TRIO :- Satukan puree labu dan telur, kemudian timbang, tuang susu segar hingga mendapat timbangan seberat 160 gram. Kacau rata dan masukkan ke dalam BMT. Masukkan tepung roti, garam, gula halus, serbuk kulit kayu manis (jika guna), mentega, instant yeast dan bread improver. On kan BMT dan pada butang MENU pilih setting no 8 (Dough). Kemudian tekan butang START dan tunggu hingga BMT siap mengadun, menguli dan memerap.

KAEDAH MENGULI DENGAN TANGAN :- Dalam mangkuk besar, satukan tepung roti, gula halus, garam, instant yeast, serbuk kulit kayu manis (jika guna) dan bread improver. Gaul rata, kemudian masukkan bancuhan pure labu, telur dan susu segar yang telah ditimbang tadi. Gaul rata hingga semua bersatu. Masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat dimangkuk adunan. Alihkan doh ke atas meja kerja, tabur sedikit tepung dan uli menggunakan tapak tangan dengan kaedah menolak doh kehadapan. Lakukan selama 15 minit untuk mendapatkan doh yang lembut, gebu dan anjal. Perap doh selama 1 jam hingga naik sekali ganda.

UNTUK ROTI LABU MANIS :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan bahagikan kepada 6 bahagian sama besar (kurang lebih 84 gram untuk setiap bahagian). Bulat2kan doh dan susun dalam tin berukuran 8 inci x 5 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup permukaan tin dengan plastik dan biarkan adunan naik 2 kali ganda (kurang lebih 1 jam).

Sementara itu panaskan oven pada suhu 170C, (panaskan selama 15 minit). Sapu bancuhan telur pada permukaan doh roti, tabur sedikit biji kuaci labu dan juga gula kasar.

Bakar dalam oven selamat 25 - 30 minit, pada rak bawah,bergantung pada oven masing2, hingga perang keemasan. Bila masak, keluarkan dari oven, keluarkan roti dari tin dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biarkan sejuk atas jaringan. Boleh hidangkan bersama kopi panas....Selamat mencuba!!.
 Foto Jom kongsi resepi menarik.