KUIH KETAYAP
Bahan inti:
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Cara:
Masukkan kelapa parut, gula merah serta daun pandan di dalam periuk.
Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacaukan ia sehingga
menjadi warna keperangan selama 10 hingga 15 minit. Barulah diangkat dan
disejukkan.
Bahan kulit:
350 gm tepung gandum
100 ml air daun pandan
600 ml air / santan
1 sdt soda bikarbonate
1 sdt garam
sedikir warna hijau epal
Cara:
Blend bahan-bahan di atas dan tapiskan.
Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan adunan ke dalam kuali tersebut. Lenggangkan ia supaya rata.
Tunggu sehingga ia masak, barulah diangkat.
Penyediaannya:
Letakkan inti tadi di bahagian tepi kulit ketayap tersebut. Gulung
sedikit, serta lipatkan kedua-dua penghujung dan teruslah menggulung
sehingga habis. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dimakan.
fb aneka resepi kuih muih