Rabu, 10 Mei 2017

PUDING KARAMEL CHOC MOIST

PUDING KARAMEL CHOC MOIST

Bahan Bahan
.
Untuk Karamel – 3 sudu besar gula pasir
Untuk Puding – 5 biji telur, 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 1 sudu kecil essen vanila
Untuk Choc Moist – 4 sudu besar serbuk koko, setengah tin susu cair, setengah tin susu pekat, setengah cawan minyak masak, setengah cawan gula castor, 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 biji telur, 1 cawan tepung hong kong
.
Cara Cara Membuat:
.
Untuk Karamel – Panaskan gula di atas loyang dengan api perlahan. Biar hingga gula mencair dan berwarna keperangan. Ratakan di atas permukaan loyang. Matikan api dan ketepikan. Biar sejuk
.
Untuk Puding – Blander susu pekat, susu cair, essen vanila dan telur. Jangan terlalu lama. Cukup sekadar 2 hingga 3 kali putar. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus 10 hingga 15 minit.
.
Untuk Choc Moist – Cmpurkan serbuk koko, susu pekat, susu cair, minyak masak dan gula kastor. Kacau di atas api perlahan selama 2 hingga 3 minit. Masukkan tepung hong kong dan soda bikarbonat yang telah di ayak. Masukkan telur telah di pukul. Kacau hingga sebati. Tuangkan di atas puding yang telah di kukus tadi dan kukus lagi selama 20 hingga 40 minit (bergantung pada kepanasan api gas)




fb : jom belajar buat kek
.
*** Sejukkan selama setengah jam baru terbalikkan Puding Karamel Choc Moist – Boleh simpan di dalam peti sejuk selepas di terbalikkan. Siap



 Foto Jom Belajar Buat Kek.