Isnin, 8 Mei 2017

BISKUT SAMPAN KELAPA

BISKUT SAMPAN KELAPA

Bahan inti:

125gm butter
3/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan tepung jagung
1 tin kelapa kering
450gm buah campuran

Bahan kulit:

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung jagung
31/2 cawan tepung gandum

Cara untuk inti:

1. Pukul butter, gula dan telur hingga sebati.
2. Masukkan tepung, kelapa dan buah2an ke dalam adunan dan gaul.
3. Uli menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.

Cara untuk kulit:

1. Putar butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung sedikit2 hingga doh menjadi lembut dan tak melekat dijari.
3. ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan yang telah dilenser menjadi bentuk sampan.
4. Masukkan inti ditengah2 sampan dan sapu inti hingga menutupi sampan.
5. Hias dengan ceri merah atau hijau.
6. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C.


sumber : fb himpunan resepi meletup


Foto Himpunan Resepi Meletop.