Isnin, 8 Mei 2017

BISKUT COKLAT BADAM


BISKUT COKLAT BADAM

Bahan-bahan:

300 gm tepung naik sendiri*
250 gm butter
250 gm coklat masakan
190 gm gula halus
1 biji telur
200 gm tepung jagung*
2 tbsp serbuk koko*
200 gm badam flakes
1 tsp essen vanilla

Cara:

1. Ayak semua bahan bertanda *.
2. Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang.
3. Masukkan telur, coklat (cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul & uli hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
6. Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang.
7. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
8. Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
9. Bakar sehingga masak,
 
 
 Foto Himpunan Resepi Meletop.