Selasa, 9 Mei 2017

BISKUT KACANG MAZOLA


BISKUT KACANG MAZOLA ...
Biskut Badam Kacang Mazola...rasanya walla..

Bahan-bahan die..(60 bijik je)
2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
1/2 cawan badam kisar(sangai sekejap)
2 1/4 cawan tepung bluekey (tepung nie dia naik sendiri jadi kita tak payah lah letak baking powder)
2 sb minyak sapi (yang tak makan minyak sapi boleh ganti butter)
1/2 cawan gula halus
sedikit garam..bg rasa lemak2
sedikit esen vanilla
minyak jagung mazola secukupnya

Cara macam biasa :
campurkan semua bahan kecuali tepung & minyak jagung. Gaul pelan-pelan bagi rata.
Masukkan tepung...gaul dengan tangan je ... rata2.
Masukkan minyak sikit sikit...sampai boleh kepal dan jadi doh lembut
Canai dan terap ikut acuan yang disukai.

Hiasan:
Kunig telur dan hirisan badam.
Panaskan oven 160 darjah 5 minit. Masukkan tray . bakar lebih kurang 15 - 20 minit ikut kesesuaian oven, Biskut nie cepat masak ..kena jaga .. kalu tak centung hihi.
Rasa tidak boleh dinafikan lagi rangup dan melt dalam mulut ku.

Petua; Terap dan bakar sikit dulu untuk tengok kesesuaian bentuk dan lama nak dibakar tu. tq
 
sumber fb : jom buat biskut