Isnin, 8 Mei 2017

MAYONNAISE CHERRY BUN

MAYONNAISE CHERRY BUN
kredit : www.tiffinbiru.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
25 gram tepung susu
30 gram telur (pukul 1 biji telur dan timbang)
60 gram gula halus
40 gram mentega
1/4 camca teh garam halus
1/2 camca teh bread improver
1 camca teh mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla*
1/2 camca besar susu cair*
12 biji halwa ceri, belah 8 setiap biji
120 ml air
8 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan diatas kecuali yang bertanda (*) ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on...Masukkan ceri merah tadi dalam doh bila tempoh menguli berbaki 1 minit lagi. Biar hingga doh siap.

Tabur tepung gandum pada meja kerja dan keluarkan doh, uli sekejap dan bagi pada 10 bahagian sama besar. Bulat2kan seperti membuat bun. Susun dalam tin yang telah disapu sedikit mentega. Sapu permukaan bun dengan bancuhan baki telur tadi dan bahan bertanda (*)..

Rehatkan 45 minit atau naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selamat 2o - 25 minit. Keluarkan dari tin dan sejukkan.Hidangkan sebagai sarapan atau minum petang....


 Foto Jom kongsi resepi menarik.