Selasa, 9 Mei 2017

BISKUT UNTAIAN KASIH AKA ULAT BULU

BISKUT UNTAIAN KASIH AKA ULAT BULU
================================
Perkongsian dari Fb Ameera Asri

Assalamualaikum warga MAHN . salam jumaat n selamat tengah hari . tahun nie rasanya dah x de ambik order untk biskut raya legend nie . jadi sy berbesar hati ingin kongsikan resepi biskut untaian kasih aka ulat bulu n semprit susu nie . top sales sy masa raya . sape yg nak save boleh save ya . inshaallah dengan tips yg sy beri nie dengan izinnya menjadi .

Bahan A

250g butter ( lebih lemak farm cows )
3/4 cawan gula aising . ( x nak manis boleh guna setengah cawan je ) .
1 bji kuning telur .

Bahan B

1/2 cawan tepung jagung . ( ada org guna secawan . tapi sy guna 1/2 cawan . takut terlalu rapuh masa nak packing dlm balang ) .
2 sdb susu tepung dutch lady
3 cawan tepung gandum . ( sedap guna tepung cap ros daripada cap sauh ) .

Satukan bahan A kacau sebati . sy guna senduk kayu sahaja . jika guna mixer . biskut akan kembang . masukkan bahan b uli sebati sehingga jadi doh . ( asal x melekat tgn dah la ). Jangan terlalu lembik . agak2 ya .

Terap pakai acuan atau nozel org buat crrampuff tu .

Tipssss !!!

Biatkan biskut bawah kipas selama 15-20 min supaya biskut x jatuh lembik . selepas tu baru masuk oven . inshaallah hasilnya macam bunga gambar biskut sy dibawah .

 Foto Jom Belajar Buat Biskut.