Isnin, 8 Mei 2017

BISKUT ALMOND LONDON

BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan:

250 gram mentega
150 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex*
*disatukan dan diayak
130-150 biji badam berkulit dibakar dalam oven hingga rangup

Bahan salut:

400 g coklat masakkan
½ camca besar lemak sayur/shortening
Badam cincang secukupnya disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara:

1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih ¾ camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
4. Cairkan coklat secara double boiler. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
5. Celup almond tadi dalam coklat cair.
6. Golek bagi coklat rata dan letak dlm paper cup.
7. Hias dgn badam cincang.