KUIH TAKO
fb aneka resepi kuih muih
Bahan lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
Bahan lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan
Cara:
Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk. Masak atas
api perlahan, kacau hingga pekat. Masukkan sengkuang, kacau rata dan
masukkan kedalam acuan. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau
atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama. Biarkan sejuk
dan hidang.