Isnin, 8 Mei 2017

roti puri

Roti Puri
kredit : keisha izzrul

2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil yis kering *
1 sudu kecil gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu kecil garam*
3/4 cawan air panas mendidih
Air biasa jika perlu.. kalau doh keras sgt... kalau x.. x perlu yer

Caranya;

1. Satukan bahan yang bertanda * gaul sehingga berderai.

2. Masukkan air panas, uli selama 3-5 minit.

3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong ( jangan besar sangat) dan perap selama 30 minit. Tutup dengan kain.

4. Canaikan atas pencanai biar leper. Jangan leper sngt.

5. Panaskan minyak dn goreng. Untuk bagi kembong kena curah minyak atas roti ye.

Boleh di cicah dengan apa2 je kuah.



 Foto Jom kongsi resepi menarik.