RESEPI ROTI KEJU MANIS
Bahan2:
500g tepung roti
80g gula castor
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1 bj telur
60g butter
250ml air sejuk dari peti
30g susu tepung
11g yis
Secubit garam
Bahan topping:
Cheddar Cheese
Susu pekat manis + mayonis (kadar 1:1)
(cth: 4 sudu susu pekat manis + 4 sudu mayonis)
Cara2:
1. Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker.
2. Tekan program dough
3. Bila siap, Keluarkan doh dan terus bentukkan sesuka hati. Bg yang
blum mahir, sebenarnya setiap bahagian roti ditimbang sama berat.
Contohnya untuk sweet cheese bread ni, 30 gram setiap bun.
4. Biar naik selama 1 jam. Jangan lupa tutup dengan tuala bersih.
5. Selepas doh yang dibentuk tadi naik, sapu permukaan doh dengan air/
kuning telur + sedikit air / putih telur. Mana2 pun tak per. Kak Mel
sapu dengan air masak jer.
6. Tabur keju sebanyak mana yang anda suka.
7. Last sekali letak campuran susu pekat manis yang dicampur dengan
mayonis tadi. Kak Mel buh dalam piping beg. Kalau takder, buh ler dalam
plastik biasa pastu gunting kecik bucu plastik tu. Nak buat corak bulat
cam kak mel buleh...nak buat corak petak pun boleh. Nak wat jalur2 pun
tak per. Ikut sedap rasa
8. Pastu bakar ler guna api atas bawan 170˚C selama 20 minit - 25 minit ikut oven masing2..
Kredit >>> Melati Desa (SUKMA)