Khamis, 21 April 2016

RESEPI PUDING OREO

RESEPI PUDING OREO

BAHAN-BAHAN :-
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
- 1 tin @ 400g Susu Cair
- 3/4 cup Serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies
- patah-patahkan OREO tapi biarkan sandwich 2 lapis

CARA MENYEDIA PUDING LAPIS OREO
1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
2. Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
3. Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
4. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
5. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
6. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
7. Taburkan biskut oreo.
8. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
9. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.



SUMBER : BUKAN SEMBANG KOSONG