Rabu, 27 April 2016

resepi wajik

WAJIK

Bahan-bahan :
1 kilo beras pulut
1 kilo santan
1 kilo gula merah @ nisei
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan :

1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam.
2. Selepas itu, tanak atau kukus beras pulut.
3. Masak santan dan gula merah di dalam kuali besar sehingga gula merah larut. Kemudian tapis dengan menggunakan tapisan besar untuk mengasingkan hampas gula merah.
4. Masukkan semula santan yang telah ditapis tadi ke dalam kuali, masukkan garam dan masak serta kacau santan sehingga pekat.
5. Apabila santan agak pekat, masukkan beras pulut yang sudah ditanak / dikukus ke dalam santan bersama daun pandan. Kacau lagi hingga benar-benar pekat dan likat.
6. Tuangkan ke dalam bekas.
7. Hidangkan setelah sejuk.* Makan panas-panas pun sedap.