Khamis, 28 April 2016

CONTOH IKRAR KECEMERLANGAN PELAJAR ATAU IKRAR JAYA WARIS

LOGO SEKOLAH     IKRAR KECEMERLANGAN SEKOLAH ( NAMA SEKOLAH )





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Maka saya, pelajar ( NAMA SEKOLAH) sesi 2016 ini , berjanji dan berikrar akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan cemerlang dan menaikan nama baik sekolah.

Saya berikrar akan sentiasa bersedia dengan penuh iltizam untuk lebih berusaha dengan lebih gigih dan akan mengikuti setiap program kecemerlangan yang telah diaturkan oleh pihak sekolah dalam merencanakan kejayaan saya, demi kecemerlangan sekolah selaras dengan misi dan visi sekolah.

Saya bersetuju dan berjanji akan mempertingkatkan prestasi setiap matapelajaran dalam peperiksaan yang dihadapi. Saya juga berjanji akan menghadiri peperiksaan bagi semua matapelajaran yang ditetapkan oleh  sekolah dan kementerian ke atas saya. Sekiranya saya  tidak mematuhi  perjanjian yang ditetapkan ini, saya bersedia menerima tindakan daripada pihak sekolah dan ibubapa saya.

Persetujuan ini dibuat  atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak.

.......................................................        ............................................
(                                                     )         (                                              )
Tandatangan Pelajar                    Tandatangan Waris

Disahkan bahawa perjanjian ini telah dibuat dihadapan :


.....................................................................                 Cop Rasmi :
(Pengetua / Pen. Kanan 1 / Pen. Kanan HEM