Kek Brownie Butter
Bahan Brownie :
1/4 cawan mentega
1/4 cawan gula perang
140 gm coklat masakan
1 biji telur gred A - dipukul
1/4 cawan tepung serbaguna
Bahan Kek Butter :
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula atau mengikut citarasa masing2
2 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh baking powder
50 ml susu segar
Cara Nak Buat Plak cmni :
1. Griskan loyang/bekas acuan bersaiz 10cm x 20cm (4×8-in) dengan menggunakan aluminium foil.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C/350F.
3. Cara Membuat Brownie :
4. Cairkan coklat masakan bersama mentega pada suhu ketuhar yang
rendah. Keluarkan dan ketepikan sehingga ianya sedikit menyejuk lalu
masukkan gula perang hancur dan kacau kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam mixer. Seterusnya,
masukkan telur yang telah dipukul, tepung serbaguna dan pukul lagi
sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar pada selama 15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
7. Cara Membuat Kek Butter :
8. Masukkan telur ke dalam mixer satu persatu dan pukul hingga telur
kembang. Kemudian, masukkan gula dan pukul lagi sehingga gula hancur dan
ia sebati.
9. Seterusnya, masukkan tepung serbaguna serta baking
powder. Dan pukul lagi sehingga sebati dan akhirnya masukkan susu segar
dan kacau lagi.
10. Tuangkan adunan tadi keatas brownie yang
telah masak tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C/320F selama
25-30 minit sehingga masak.