Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
1/2 cawan kacang hijau*
1/2 cawan kacang merah*
1/2 cawan kacang tanah*
1 biji keledek*
* Direbus sehingga lembut
1/2 cawan jagung
3 biji pisang yang dipotong / boleh juga masukkan durian
6 cawan santan
Secubit garam
Cara penyediaan:
1. Masak santan sampai dekat nak pecah minyak. Guna api kecil
2. Lepas tu masukkan tepung yang dibancuh dgn air terlebih dahulu, kacau hingga hampir pekat.
Guna api kecil.
3. Agak tepung pekat , masukkan gula pasir dan gula merah. kacau.
4. Selepas itu masukkan kacang, jagung , ubi dan pisang, bahan yang direbus dan garam.
5. Kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat.
4. Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan.
5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.