Tiramisu Strawberi
Bahan-bahan untuk sirap (4-5 cawan)
150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon
Bahan-bahan lain
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar
Cara-cara
Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut.
Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.
Cara untuk melapis: mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun
biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias
dengan hirisan buah strawberi.
Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.