Chocolate Almond Fudge (sangat mudah)
bahan-bahan :
biskut Oreo 10 keping (Golden atau Original) - dipotong 4
120g badam cincang atau yg hiris tebal memanjang - disangar
350g dark chocolate - dicincang kasar
3/4 tin kecil susu pekat manis (tin yg beratnya lebih kurang 380g)
30g butter
cara-cara :
1. Satukan chocolate, susu & butter. Dicairkan di atas api kecil.
(tak perlu double boiling) Sentiasa dikacau supaya tak hangus.
2. Setelah kesemua bahan cair, masuk kan badam & biskut. Gaul rata.
3. Tuangkan adunan kedalam acuan size 9 inci yg telah dialas dengan
aluminium foil. Ratakan & biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan
kedalam peti sejuk sehingga beku.
4. Setelah siap, potong fudge
mengikut size kotak kecil & sedia untuk dihidangkan. tak perlu nyah
beku, boleh langsung saja dimakan.
* Sekiranya anda menggunakan semi
sweet chocolate & tidak suka kan terlalu manis, jgn lupa kurangkan
sedikit susu pekat manis nya.