Isnin, 10 November 2014

contoh ikrar perjanjian akademik dan borang perjanjian..............sebagai rujukan



IKRAR PERJANJIAN AKADEMIK 
Sesungguhnya kami, pelajar-pelajar Tingkatan ___________ Sekolah _____________ sesi _______ , berjanji dan berikrar akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran demi mencapai kejayaan cemerlang.
Kami berikrar akan sentiasa bersedia dengan penuh iltizam untuk mengikuti setiap program kecemerlangan yang  telah diaturkan oleh pihak sekolah dalam merencanakan kejayaan kami.
Kami juga berikrar akan sentiasa bersama-sama para guru menggembleng tenaga dan memberi komitmen sepenuhnya kepada setiap usaha ke arah melahirkan kecemerlangan sekolah selaras dengan visi dan misi sekolah.
Kami selaku pewaris wawasan Negara, juga berjanji dan berikrar akan melibatkan diri kami dalam setiap program kokurikulum dan pembinaan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan cendekiawan muslimin dan muslimat  yang berilmu, beriman, berakhlak dan bertaqwa.
Saya bersetuju serta berjanji dihadapan guru –guru dan ibubapa bahawa akan  mematuhi semua peraturan sekolah dan berjanji akan mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik dalam peperiksaan_____________ bagi semua matapelajaran . Saya juga berjanji akan  menyiapkan semua kerja khusus serta menghadiri peperiksaan bagi semua matapelajaran _________ yang ditetapkan oleh sekolah dan kementerian ke atas saya. Sekiranya saya tidak dapat mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan ini. Saya bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pihak sekolah . Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan dan paksaan dari mana-mana pihak.



 Nama Sekolah

PERJANJIAN PENINGKATAN PRESTASI
Perlu diisi dengan HURUF BESAR dalam 2 salinan
(1 salinan untuk simpanan sekolah , 1 salinan untuk simpanan pelajar)
Nama Pelajar                            :  _____________________________________________
No. Kad Pengenalan                             :   ____________________________________________
Alamat                                     :  _____________________________________________
                                                                _____________________________________________
                                                            Poskod :_____________ Bandar :___________________
                                                            Negeri : _____________________
Tel.Ibu /Bapa/waris                             : ____________________________________
LAFAZ PERJANJIAN
“Saya bersetuju serta berjanji dihadapan guru –guru dan ibubapa bahawa akan  mematuhi semua peraturan sekolah dan berjanji akan mempertingkatkan kecemerlangan prestasi akademik dalam peperiksaan _________ bagi semua matapelajaran . Saya juga berjanji akan  menyiapkan semua kerja khusus serta menghadiri peperiksaan bagi semua matapelajaran ____________ yang ditetapkan oleh sekolah dan kementerian ke atas saya. Sekiranya saya tidak dapat mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan ini. Saya bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pihak sekolah . Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan dan paksaan dari mana-mana pihak”.

……………………………………                                       …………………………………….
Tandatangan Pelajar                                                    Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga

Disahkan bahawa perjanjian ini telah dibuat di hadapan:

…………………………………………..                  Cop Rasmi   :
(Pengetua/ Pen. Kanan 1/ Pen. Kanan HEM