Sebenarnya akupun tidak pakar tapi belajar dari cara emak menyediakan makanan berpantang untuk adik yang mengalami keguguran. Semoga panduan ni boleh membantu orang lain juga.... ada orang kata berpantang 2 minggu saja tapi mak aku tetap juga teguh berpantang keguguran tetap jugak 44 hari. Dari segi makanan pun dipantaulah.
SARAPAN , MAKAN PETANG DAN MAKAN TENGAH MALAM
Air kopi
Roti canai tanpa kuah kedai ( boleh ja kuah kari tapi syaratnya dirumah... maksud dia bukan yang kedai masak, )
Roti kosong
Nasi putih tambah lauk2 yg seperti masakan tengahari dibawah.
Kuih Apom
Biskut kering yang kat Perlis Kedah selalu panggil kuih sekut .... Biskut kering selalu org jual sekampit besar tu.
MAKAN TENGAHARI DAN MAKAN MALAM
Stok yang wajid ada untuk sebulan...... ikan talang kering yang dipotong kecik2 .... digoreng bersama bawang merah , bawang putih dan halia, digoreng ranggup ....he.he.he ..kadang-kadang aku tumpang sekali makan sedap .... (lepas 2 minggu ikan talang kering boleh juga diganti dengan ikan haruan kering atau ikan bilis).... selain itu sayur yang boleh makan dalam sebulan tu hanya sayur sawi dan lobak merah... ikan goreng ( ian tu syarat mak kata kena bersisik jadi ikan gelama , gelama tengkerong, ikan merah , ikan kerisi.... lepas semiggu berpantang boleh la goreng ikan temenung/ kembung .... mak kata ikan temenung pun bersisik)
Cara masak sayur sawi dan lobak merah, mula potong dulu lobak merah nipis2, sayur sawi diasingkan ketika potong daun dengan batang ( batang sawitak payah diketuk). Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan lobak merah dan batang sayur sawi, kacau dalam 2 minit, lepas tu masukkan air ( anggaran la nak kuah banyak mana), letakkan garam dan gula secukup rasa. Perasa untuk makanan berpantang hanya garam , gula dan lada saja .... jadi boleh la selang seli ada hari masak sayur letak lada dan ada hari tak letak ....
Minggu ke 3-4 boleh la tambah sikit menu masakan dengan
1.Ayam goreng ( letak kunyit dan garam saja untuk perapan)2.Ayam masak kunyit ( tumis bawang dan halia ,masukkan kunyit, masak ayam mcm biasa ... cuma bahan perasa hanya garam dan gula sahaja ....boleh tambah juga lada).
3. Daging masak kunyit ( resepi sama dengan ayam).
4. Sup ikan haruan ( cara masak lebih kurang sama , cuma jgn letak kunyit je ..he.he.he)
5. Sup ayam
6. Sup daging
Minggu penghujung minggu ke 4 dan hingga hari ke 44 Boleh tambah menu masakan dengan
1. Kari ikan ( temenung@ tenggiri @ ikan talang masin) .... masakan lebih kurang sama ... tumis bawang putih , bawang merah, halia, rempah... masukkan santan dan air, masukkan ikan... seperti biasa bahan pelengkap rasa hanya garam dan gula.. ok untuk minggu ni boleh tambah dalam masakan tu air asam jawa atau asam keping ( asam keping tu pun paling tinggi 2 keping je)
2. Kari daging atau kari ayam atau kurma ayam atau daging....... sama ja resepi , cuma masukan mading atau ayam lepas tumis bawang dan rempah dulu ..baru masukkan santan ( apapun pastikan rempah betul2 masak).
3. Sup ikan merah , ikan seludu atau ikan tenggiri
4. Sambal tumis ikan bilis @ ayam@daging@ ikan talang kering
Dilarang sama sekali masukkan bahan lain dalam sup , kari atau masak kurma ....kalau nak letak juga setakat lobak merah .... yang lain tak boleh ....jangan sesekali letak kentang la , bendi la , terung la...
Dilarang juga letak bahan perisa lain seperti ajinomoto, perencah hilal, secukup rasa atau apa2..