Khamis, 16 April 2015

JERUK MANGGA ASAM BOI PUTIH

JERUK MANGGA ASAM BOI PUTIH ( Resepi dr Mingguan Wanita)
Bahan-bahan
2 biji buah mangga muda
7-8 biji cili padi
10-15 biji asam boi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:
1. Buangkan kulit buah mangga dan basuk bersih. Toskan airnya dan kemudian hiris memanjang.
2. Campurkan gula dan garam secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan pula asam boi dan gaul biar sebati.
4. Ketuk cili padi dan campurkan ke dalam buah tadi.
Nota: Perapkan jeruk ini sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dimakan. Lebih lama diperap rasanya menjadi lebih sedap.