Rabu, 15 April 2015

kimchi ...resepi dr fb


KIMCHI

Untuk bahan:

1 bongkah kubis bunga
3 1 / 3 cawan air
1 biji lobak putih
2 biji bawang
3 batang daun bawang
5 biji bawang putih
1 cawan serbuk cili / cili kering yang telah ditumbuk.
1 cawan gula
1 garam
1 cawan udang kering
1 cawan air + 1 cawan cuka + 1camca air lemon

kubis di belah empat, atau 8 kemudiannya basuh bersih dan toskan sahingga benar-benar kering, setelah itu jemur dibawah sinar matahari sahingga betul2 layu.

Tuang garam ke dalam air dan kacau hingga benar-benar larut kemudiannya campurkan dgn cuka dan lemon.Masukkan kobis anda kedalam bekas, baldi atau tuppuware jens tinggi.susun elok di dalamnya kemudian Tuangkan larutan campuran air garam keatas kubis.

Letakkan piring atau tudung periok diatas kobis dan tindihkan dengan barang-barang berat supaya kobis itu tertekan. Biarkan selama 24 jam .

Alih-alihkan kedudukan kobis sekurang-kurangnya 2 kali dalam waktu itu.

Akhirnya tahap air garam akan melebihi kubis,

Sementara itu potong lobak ikut suka, daun bawang, bawang.

Parut halia dan bawang putih dan mesen cili kering.

keluarkan Kubis , cuci dalam air sejuk. Dan perah hingga keluar semua air garam.

Masukkan kobis dalam bekas dan tuangkan semua ramuan cili.. lobak daun bawang dan juga bawang serta halia dan bawang putih.

Gaulkan supaya sebati.kenakan cili sehingga ke dalam kelopak2 kobis.Biarkan selama seminggu. Dan anda akan dapat hasilnya. Ubah ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.Kimcii enak campurkan di dalam masak lemak cili api atau di goreng bagitu sahaja bersama tauge ataupun selepas dikeluarkan di basuh dimayang halus dan dijadikan ulam.selamat mencuba
selain kobis bunga, kobis biasa dan timun juga sangat enak dibuat Kimchii.