Rabu, 15 April 2015

Resepi kuih lompang

Resepi Kuih Lompang.

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh air kapur
1/2 cawan air daun pandan ( dari 6 helai daun pandan)
Pewarna merah, purple & coffee emalco

Bahan B: (masak hingga mendidih & tapiskan)
1 cawan gula biasa
2 1/2 cawan air ( kalau nak keras sedikit kuihnya bubuhkan 2 cawan je) - MA bubuh air kelapa.

Kelapa muda di parut ambil putihnya sahaja + sedikit garam & di kukus selama 10 minit.

Cara-caranya:

Bancuh tepung beras dengan air kapur & 1/2 cawan air daun pandan.
Tuangkan air gula yang suam ke dalam bancuhan tepung dan kacau rata dan tapiskan,
Asingkan adunan kepada 2-3 mangkuk & warnakan mengikut warna kegemaran anda. MA guna warna purple + essen keladi, warna merah + essen rose & warna coklat + coffee emalco.
Panaskan kukusan dan bila mendidih masukkan acuan dalam kukusan. Biarkan acuan panas selama 5 minit, cara ini untuk bagi lompang berlubang.
Tapiskan bancuhan tepung ke dalam teko / bekas bermuncung supaya memudahkan di tuangkan ke dalam acuan kecil.
Kukuskan kuih selama 15 - 20 minit dengan api kecil sahaja, kerana kalau api besar bancuhan lompang akan membuak daripada acuan.
Sejukkan kuih.
Cungkil perlahan dan letakkan di tengah lubang nya dengan kelapa parut.