ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial
media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a
Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi
perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin
dari pihak MAIS.
Pada
awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot
ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan
mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga
kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam
dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui
yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah
diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat
Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah
terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang
menggalakkannya.
Saya
memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum –
hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam
fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin
JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium
anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya
terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya
yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian
hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon
maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang
berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang
telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat
dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat
setempat.
Terima kasih
di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya
ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi
diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.
Sumber suarainsan.net