Kek Keju Gebu versi Kukus
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
150gram cream cheese ( krim keju ape2 jua jenama)
10gram tepung kastard ( ros guna jenama bird custard)
60gram tepung gandum
4 biji telur ( asing putih dan kuning) telur
100ml whipping cream
70gram gula ( gula dibahagi dua bahagian, separuh utk meringue separuh utk utk diputar bersama krim keju nnt)
40gram mentega
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanila ( jika ada) - hari tu ros tak letak sbb esen vanila dah habis
sedikit sugar powder untuk hiasan
- penggunaan tepung kastard tu menaikkan lagi seri kuning kek ni nanti,
eksperimen ros berjaya dan ros kongsikan resepi dan cara bergambar
dengan semua, semoga dapat membantu ya.
Cara-caranya
1.Pertama
sekali, panaskan pengukus, kemudian di dalam bekas adunan, campurkan
krim keju, separuh kuantiti gula dan mentega, putar hingga semua bahan2
lembut dan gula agak hancur.
2. kemudian putar kuning telur hingga agak berbuih
3. selepas itu masukkan dalam adunan krim cheese tadi, putar lagi hingga semuanya sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga semuanya sebati.
5. Masukkan pula tepung castard. Putar lagi.
6. selepas itu masukkan pula jus lemon.
7. serta whipping cream putar lagi dan pastikan semua nya sebati.
8. Di dalam bekas adunan yang lain, putar putih telur hingga agak berbuih.
9.kemudian baru masukkan baki gula.
10.Putar sehingga putih telur menjadi meringue,( langkah ini penting dan pastikan putih telur betul2 kembang)
11.bahagi meringue pada 3 bahagian dan campurkan dalam adunan krim keju
tadi, campurkan sedikit demi sedikit meringue dan pastikan meringue
sebati dalam adunan tepung krim keju. ( cara kaup balik menggunakan
spatula, masa ni jgn guna hand mixer takut overmix)
12. Alas loyang
kek ber ukuran 18cm dengan kertas minyak dan pastikan bahagian tepi
loyang di alas juga dan lebihkan sedikit ukuran nye di tepi itu, tuang
adunan kek keju di dalam loyang. tutup dan balut atas loyang dengan
aluminium foil bagi memastikan tiada air kukusan jatuh pada permukaan
kek nnt, akhir sekali kukus kek keju selama 40 minit hingga 1 jam.
13. Tutup api dan biarkan kek didalam pengukus selama 10 minit baru
keluarkan, setelah kek keju suam atau sejuk baru keluarkan kek dari
acuan dan hias dengan sugar powder, kalau nak simpan dalam peti ais
semalaman pun lagi bagus, kek akan jadi makin moist dan sedap.
14.
Hias Kek mengikut kreativiti masing-masing dan potong Kek Keju Gebu pada
beberapa bahagian dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.