Isnin, 21 Mac 2016

KEK KELASI MABUK

KEK KELASI MABUK

Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan :
• 450g mentega berkualiti tinggi
• 200 gm horlicks
• 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
• 1 gelas gula (150g)
• 1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
• 2 sudu teh esen vanilla
• 1 botol pandan paste

Caranya
Adunan Hijau:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk butter, pukul hingga putih.
3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
• 8 biji putih telur
• 10 sudu besar gula halus
• 4 sudu teh tepung gandum
• 6 biji limau kasturi
Cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
2. Masukkan tepung.
3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik
.