Jumaat, 26 Jun 2015

KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

Bahan Karamel
5 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air

Cara
1.Masak gula bersama 1 sudu air hingga perang dengan api sederhana.
2.Bila dah gula dah kelihatan perang masukkan 1 sudu air,kacau sebati.
3.Tuang dalam loyang.( ketepikan )

Bahan Lapisan Atas
400ml susu segar@ sejat
5 sudu besar gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara
1.Kacau kuning telur bersama gula hingga sebati.( jgn sampaiberbuih )
2.Dalam periuk lai panaskan susu dan esen vanilla jgn sampai mendidih sekadar suam saja.
3.Kemudian tuang dalam adunan telur tadi,kacau sebati dan tapis dalam loyang karamel tadi.
4.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus 20 minit.
5.Sementara tunggu masak buat adunan kek pelangi.
6.Bila dah masak tuang adunan kek dan kukus lagi 40-45 minit hingga masak.

Bahan Kek
5 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
125ml minyak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna pink,biru dan hijau

Cara
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna,putar hingga kembang.
2.Masukkan minyak,gaul sebati,guna spatula.
3.Bahagi adunan pada 3.
4.Tuang adunan dalam loyang berselang-seli warna hingga adunan habis.
5.Kukus 40-45 minit hingga masak.
6.Terlebih dahulu loyang sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dikeliling loyang sebelum tuang adunan kek diatas karamel