Jumaat, 5 Jun 2015

KUIH LIPAT/TANGKUP/APAM PERLIS ..sumber fb

KUIH LIPAT/TANGKUP/APAM PERLIS
Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit pewarna kuning/Hijau
Cara2 menyediakan kulit
1. Campur kesemua bahan mesin dan tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. boleh guna kuali non stick yg bersaiz kecil..tapi saya gunakan yg sederhana kecik.
2. Setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.
Bahan inti
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tepung kastard
2 camb tepung jagung
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau/kuning
Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat dan sejuk sebelum di masukan kedlm kuih tangkup/lipat.