1. Setiap kali pergi sekolah
selalu kena pergi awal. Dulu aku mengeluh juga rasa macam skemanya aku, bukan
tu ja kalau janji dengan kawan-kawanpun selalu aku kena keluar awal. Mula-mula
rasa nak berontak tapi bila tinggal diasrama dah jadi tabiat pergi ke sekolah ,
maksud aku ke kelas awal pagi. Bila kerjapun dah terbiasa dah pergi awal. Aku
ingat lagi ayah bagi tau bila kita pergi awal , maksud dia kita ada masa untuk
buat persediaan, relak, tidak kelam kabut, ada masa ke tandas ka dan ambik mood
sebelum kelas bermula. Macam tu juga bila janji dengan orang , ni bermaksud
komitmen kita dan kita menghargai orang lain. Ayah kata orang selalu bagi
alasan lambat dengan janji orang melayu, buat malu kaum ja. Ada ka patut kita
yang tidak salah bangsa kita sedangkan kita yang salah. Jadi ayah terapkan kat
anak-anak dia, janji melayu yang sah-sah beragama Islam.
2. Setiap hari pukul 5.30
pagi ( tak kira time cutipun) , ayah akan buka tv kuat dan kejut kami bangun pagi,
sebelum masuk waktu solat subuh kena dengar dulu ceramah motivasi atau ceramah
agama kat tv dulu. Lawak la bukan kami ja terpaksa bangun tapi sebenar bila
suara tv kuat tu, habis jiran2 merangkap saudara mara aku pun bangun awal juga.
Ha.ha.ha bangun awal satu, kena mandi awal pula. Dah la air sejuk sebab sebelum
rumah kami ada bilik mandi dalam rumah dan berpaip, bilik mandi luar rumah dan
air telaga. Sekitar bilik mandi pulak sawah. Sejuknya macam nak kancing gigi
pun ada. Lepas solat dan mandi, masa cuti sekolah ayah suruh kami jalan sekitar
rumah atau kayuh basikal keliling kampung untuk hirup udara pagi. Kata ayah
angin pagi bagus untuk kesihatan dan bangun awal pagi rezeki murah.
3. Ayah aku ni muka serius,
orang nampak macam garang. Selalunya kami adik beradik tak pergi bermain
dirumah orang tapi kawan-kawan kami datang main di rumah. Kami main sungai dan
pancing ikan kena sungai depan rumah saja, ayah aku suap buat pondok main
masak-masak untuk kami bersama kawan-kawan. Dulu masa zaman kami ada cerita
jepun popular berkaitan bola tambar, tah nama apa tah mero attack kot, masa tu budak –budak kecoh minat bola
tampar. Ayah aku siap pasang net dan beli bola plastic untuk anak-anak dia dan
kawan-kawan bermain. Jadi orang kampong pun tak risau anak-anak dia orang
keluar main, bagi ayah aku yang penting anak-anak dia tak berkeliaran merata.
Sebenarnya ayah aku izin kami ke rumah kawan bermain-main terutama anak lelaki
la tapi dengan syarat sebelum 6.30 petang ada di rumah. .Balik la lambat kalau
nak dapat hadiah denda percuma. Ha.ha.ha
4. Ayah juga mendisiplinkan anak-anak
, waktu makan malam perlu makan bersama. Ingat lagi kami ramai adik beradik,
meja makan pun ada masa aku dah sekolah menengah dah dan abang2 dah
bekerja. Jadi kami makan berhidang dan
dah tentu dalam bulatan. Kalau time ramai-ramai masa cuti tu kira memanjang la
bentuknya. Masa makan tak boleh cakap, lepas makan tak bangun lagi tapi pakat
bercerita la cerita masing-masing. Seronok makan berhidang sebab ajar kami
semua erti berkongsi makanan bersama-sama dan tidak membazir, bayangkan seekor
ikan atau seketul ayam kita boleh share makan. Jadi secara tidak langsung kami
akrab dan menghargai. Kalau kita tengok zaman sekarang keluagraselalu amalkan
makan berasing2 dan kadangkala anak-anak makan depan tv ja. Aku amat bersyukur
didikan yang diberikan.
5. Ingat dulu masa kecil aku
takut gelap terutama berada diluar rumah, biasa cerita orang macam versi hantu
ada. Ayah punya nak hilangkan rasa takut aku, dia letak aku diluar rumah masa
tengah malam, dia kunci pintu ada dalam rumah. Ayah tanya aku siang tadi kawasan
rumah ada apa, aku siap sebut nama pokok2 keliling rumah sambil menagis (
ingat2 lucu pula), ayah tanya lagi sekarang waktu malam sekarang ,aku nampak
apa. Aku bagi tau perkara yang sama. Akhirnya ayah keluar rumah duduk sebelah
aku, dia kata siang atau malam sama ja, kita selalu bayangkan benda yang
bukan-bukan. Ayah kata anak-anak dia perlu berani kerana dia dan mak tidak akan
selama menjaga kami. Kami berani , berdikari dan saling menyayangi adik beradik
sebab tu ja harta yang kekal ayah untuk kami.
6. Ayah amat tegas dalam
pelajaran, dia kategori paksa juga suruh anak-anak dia belajar. Anak-anak lelaki atau perempuan dapat layanan sama ja.
Kalau ayah tengok result tak ok ja, nay terus pergi jumpa guru matapelajaran
tanya anak dia masalah dalam pelajaran bab apa. Balik nanti mau kena kuarantin,
yang duk asrama, cuti sekolah siap angpa. Ayah kata dia bukan orang kaya, tak
da harta tinggalan untuk anak-anak. Tu saja harta yang dia dapat beri iaitu
pelajaran. Kadangkala sedih tengok untuk tamping kami belajar mak upah kat
sawah orang waktu siang , ayah ambik upah menebas waktu malam, abang-abang jual
ambil upah jual ais cream dan tangkap ikan waktu balik sekolah. Bila agak
senang sikit ayah buka kedai makan dan juga kedai buah di pekan , mak buat kuih
dan abang-abang tolong memasak waktu balik sekolah. Ayah kata sebab dia paksa
juga anak-anak dia belajar terutama anak lelaki supaya ada juga sijil
sekurang-kurangnya SPM dan STPM, nanti boleh bantu dapat kerja. Ayah kata dia
tak harap duit anak-anak , cuma dia tak mahu nanti bakal cucu-cucu dia nanti
susah, dia tak mahu anak-anak dia iaitu abang-abang kahwin nanti menyusahkan
anak orang lain ( menantu dia), dia tak mahu anak perempuan pula terlampau
bergantung kepada suami atau abang2 sampai tidak berdikari. Alhamdulilah ,
akhirnya semua anak-anak ayah dan mak berkerjaya dan semua cucu-cucunya
berpendidikan tinggi.
Banyak lagi didikankan ayah yang mendidik kami,
sesungguhnya aku bersyukur menjadi anak ibu dan ayah. Semoga Allah bemberi
kebahagiaan kepada mak dan arwah ayah di dunia dan akhirat.