Khamis, 16 Jun 2016

puding biskut orea dr fb jom belajar buat puding

PUDING OREO

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali 25 gram

1 tin susu cair

1250 ml air

100 gram gula

2 biji telur

1 bungkus biskut Oreo

Aiskrim - perisa vanila (5/6 scoop)

sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api sederhana.

Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan.

Oreo dikisar dalam pengisar kering.

Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.

Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati.

Kemudian masukan oreo yang dikisar. Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.

Sejukkan di dalam acuan ataupun loyang.

Dah beku bolehlah dipotong.