Ahad, 5 Jun 2016

BELANJAWAN DIBULAN PUASA ....KAEDAH SAYA TAHUN LEPAS ... SEBENARNYA BULAN TAK PUASA PUN DUK BUAT

Beli barang kering untuk sebulan
Beli barang basah untuk seminggu
Perisa minuman selalunya saya beli dalam 5 jenis
Saya juga beli kuih sejuk beku / roti canai segera / wedges/ kerepok lekor/ nudget/ bihun/ mee/ laksa kering ( bergantung budget)
Kurma

Untuk berbuka dan sahur

1.Setiap hari semasa berbuka, saya masak dalam 3 jenis masakan untuk makan dengan nasi + kurma

2. Goreng sejenis kuih / kerepok lekor atau makanan segera tapi kalau saya sediakan mee/ laksa / bihun goreng .....saya dah tidak goreng kuih.

3. Sejenis air bancuh.

Lebihan makanan ni saya simpan , guna untuk sahur.... kalau nak tambahpun dalam sejenis je

Bagi saya makan masakan sendiri lebih selamat dari pembaziran dan keracunan makanan disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Seperti orang lain juga, kadangkala kita teringin ke makan makanan luar di bazar ramadan ..ya la bulan puasa ja nak jumpa macam-macam makanan .... jadi saya dan keluarga had kan seminggu cuma sekali sahaja ke bazar ramadan,  kita boleh tetapkan hari apa.... hari ke bazar ramadan tu kira gantung periuk la ..maksudnya tak payah masak, bercuti masak sehari ...reward untuk diri.