Selasa, 7 Jun 2016

Air nabeez ... rujuk daripada fb masak apa hari ini

Cara dia:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Kalau untuk 1 mug, cukup 3 biji. Kalau dalam jag, 7 biji kurma.Kurma tu diambil isinya dan biji diketepikan. Carik2 isi kurma tu ye. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Pagi esok air tu dah boleh diminum terus. Saya bancuh dengan susu  sebab nak beri lebih tenaga.. Campurkan susu yg dah dibancuh dengan air kurma yg dah direndam tu nanti.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.