Khamis, 16 Jun 2016

biskut raya ais cream dr fb my lovely kichen

Bahan-Bahan;

Resepi biskut ais krim sedap rangup

- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 3 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Jagung
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Coklat Compound / Masakan
- Coklat / Rainbow Rice

Resepi biskut ais krim sedap rangup

Cara-Cara;
Resepi biskut ais krim sedap rangup
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan berbentuk ais krim.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.
7. Coklat compound atau coklat masakan dicairkan secara double boiler.
8. Celupkan coklat dibahagian atas biskut sahaja supaya cepat kering.
9. Taburkan coklat rice atau rainbow rice diatasnya sewaktu coklat masih cair.
10. Pastikan coklat betul-betul kering sebelum dimasukkan kedalam telap.
Resepi biskut ais krim sedap rangup