Tahu apa itu ukhwah
Ukhwah tu ikatan persaudaraan berlandaskan iman. Kukuh sesuatu ukhwah
bermaksud baik atau surutnya iman kita ketika itu. Tapi iman ni ada pasang
surut. Jika ada masalah atau pincangnya
sesuatu ukhwah pada ketika itu, maka perlu lihat kembali pada iman. Mungkin
saat itu iman salah seorangnya pincang atau menurun. Banyak perkara diluar
sedar atau sedar boleh mencacatkan iman.
Tahu apa maksud mukmin
Maksudnya orang yang beriman. Hakikatnya mukmin itu hadir dulu sebelum
ukhwah. Tanpa iman sesuatu ikatan itu
kita tak namakan sebagai ukhwah.
Kaitan ukhwah dan jantung
Kalau sebatang pokok asasnya pada pokok, manusia kalau nak teruskan
hidup organ yang penting adalah jantung.
Kajian daripada Dr Myriam Horsten berkaitan daya tahan jantung. Daya
tahan jantung orang yang hidup bersendirian lebih lemah daripada daya tahan
jantung orang yang banyak berhubung dengan manusia. Orang yang sering berhubung
dengan manusia akan bertemu dengan pelbagai kerenah manusia dan perasaannya
sentiasa berubah. Mungkin hari ini dia akan rasa marah kerana diherdik ,
terluka kerana dikhianati atau kerana lulus ujian. Semua itu bermain dengan
emosi. Justeru , itu yang membuatkan denyut jantungnya semakin kuat dan daya
jantungnya semakin utuh. Berbanding orang yang sentiasa sendiri. Tak bergaul
dengan orang lain. Jarang menghadapi gelojak emosi. Jadi denyutan jantungnya
semakin mendatar.
Drpd Qistina Alya – Encik Gula ‘ Under Age’