Rabu, 25 Mei 2016

sinopsis pra novel : tajuk tak letak lagi



Melayan Perasaan
Bencinya hari ni jumpa orang yang pandai sombong….pandai sebab belajar  tinggi tapi sombongnya sebab hina orang sedangkan orang yang dia hina tu lebih baik dari dia. Perasan bagus siap speaking inggeris lagi dengan orang , tahulah pandai cakap ompetih tapi tak payah menunjukkan sangat. Cakap ompeteh untuk sama-sama belajar tak pe lah , ni tidak cakap Bahasa omputeh untuk hina orang atau tunjuk kata dia tu lebih. Zaman sekarang orang tak pandang la orang syok sendiri dengan sombong.  Memang la orang pandang kepandaian, harta dan fizikal tapi setakat mana ja orang boleh bertahan. Akhlak yang terpuji tu la yang nak kekal lama. Bosan betul dengan orang sendiri ni. Hairan sungguh la , waktu perlukan kawan atau pertolongan , tau pula cakap Bahasa ibunda siap dialek-dialek. Tak pula pujuk la apa la, janji-janji berkilo gula. Tapi bila tak perlu orang tu macam –macam buat, salah besar semut pun , hina orang macam dinosaur punya kesalahan. Hmmm… menyampah betullah perangai macam ni. Bumi ni bulat macam roda pun ada, jadi maksudnya kita tu bukan duduk dalam situasi hebat. Bila sampai masa, orang yang kita tak pandang tu silap-silap kita nak pandang setiap hari. Silap-silap yang tu setia dengan kita waktu susah melarat. Hmmm benci betul perangai sombong ni, siap tak boleh tidur ingat kata-kata encik sombong ni. Sarip dol kampong dusun pun lagi bagus daripada omputeh yang celup pun tak cerah-cerah. Rasanya keturunan dia pun sebelah asia tenggara ni ja tapi sombongnya mengalahkan  dia tu kerabat diraja England. Ingat-ingat balik siang tadi, hish macam nak nak telefon kedutaan suruh mai ambik omputeh celup ni , hantar la negara mana-mana pun asal tak tinggal dalam kelompok nusantara atau asia tenggara. Menyampah …..( ok tak intro untuk novel yang aku rancang nak buat, tapi tak tau bila lagi nak siap )