Khamis, 12 Mei 2016

SAJAK HARI GURU ( SELAMAT HARI GURU CIKGU )



SAJAK HARI GURU

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENGABAIKAN REHATNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN MASA TIDURNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN MASA MAKANNYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAIKAN KELUARGANYA UNTUKKU
MANUSIA YANG MENGABAI DIRINYA UNTUKKU

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MENGENAL HURUF
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MENULIS
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MEMBACA
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU MATLAMAT KEHIDUPAN
MANUSIA YANG MENGAJAR AKU HALAL DAN HARAM
MANUSIA  YANG MENGAJAR AKU MENCARI MAKNA KEMANUSIAAN

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG MENCONTAHI DIRINYA UNTUK MEMBENTUK AKHLAKKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK KEREDHAAN ILMUKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MENJADI TAULADAN DIRIKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MEMBENTUK IBADATKU
MANUSIA YANG MENCONTOHI DIRINYA UNTUK MENCARI KEBERKATAN HIDUP

SIAPAKAH DIA
MANUSIA YANG SENTIASA BERSEDIA DIKELAS DENGAN ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA MENGINGATKAN TENTANG  NILAI ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA MEMBERI KASIH SAYANG DENGAN ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA DIRUJUK  KETIKA KEKABURAN MENUNTUT ILMU
MANUSIA YANG SENTIASA ADA NILAI KASIHNYA UNTUK PELAJAR
MANUSIA YANG SENTIASA MENGINGATI TENTANG KEBERKATAN ILMU

SIAPAKAH DIA
DIALAH ORANG YANG SENTIASA KAMI TUNGGU DIKELAS
DIALAH YANG SENTIASA MENASIHATI
DIALAH YANG SENTIASA MEMBIMBING
DIALAH  TEMPAT KAMI MENGADU
DIALAH SENTIASA ADA BILA KAMI KECELARUAN
DIALAH MEMBENTUK SAHSIAH KAMI
DIALAH HERO KAMI
DIALAH GURUKU , DIALAH MUALIM MUALIMAH KAMI

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU ,TAK KIRALAH GURU MATAPELAJARAN ATAU GURU BIMBINGAN KAUNSELING , GURU DISIPLIN , GURU PENGAWAS . YANG PASTI SELAMAT HARI GURU.