Jumaat, 13 Mei 2016

Surat Persaraan Pekerja



Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua yang saya kasihi.

Yang dihormati, tuan pengetua ( nama), penolong kanan-penolong kanan, semua guru , rakan pekerja dan anak-anak yang sikasihi sekelian.

 Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di sekolah ini. 

Terima kasih tidak terhingga diatas semua penghargaan kepada orang kecil seperti saya sehingga saya boleh bekerja dengan sebaik-baiknya disini, tanpa rasa direndahkan. Kenangan saya bekerja beberapa tahun amat tersemat dihati. ( cerita sejarah diri dan pekerjaaan, macam tempoh tahun bekerja, cabaran-cabaran dan kenangan-kenangan). Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi  dengan majlis pada hari ini.Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya.

 Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memohon kemaafan jika ada salah dan silap ketika saya berkhidmat di (nama sekolah) , saya ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.  Jika kita jumpa diluar bolehlah saling menegur, semoga ukhwah kita berkekalan didunia dan akhirat. 

Sekian, Terima Kasih.